web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SC Kenakan Kompaun Maksimum Terhadap Serba Dinamik, CEO, Pengarah Dan Pegawai

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Apr 2022 9:27PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenakan kompaun maksimum terhadap Serba Dinamik Holdings Bhd, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Eksekutif dan dua pegawainya sebanyak RM3 juta setiap seorang kerana mengemukakan penyata kewangan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd.

Menurut SC, individu tersebut ialah CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Serba Dinamik Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah, Pengarah Eksekutif Datuk Syed Nazim Syed Faisal, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Azhan Azmi serta Naib Presiden Akaun dan Kewangan Muhammad Hafiz Othman.

“Muhammad Hafiz juga telah dikompaun sebanyak RM1 juta lagi, saman maksimum yang dibenarkan, kerana memalsukan rekod perakaunan syarikat subsidiari Serba Dinamik Sdn Bhd, satu kesalahan di bawah Seksyen 368(1)(b)(i) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya beliau telah dikenakan pertuduhan kerana terlibat dalam mengarahkan penyediaan dokumen palsu berkaitan penjualan Serba Dinamik Sdn Bhd. 

Menurut SC, kompaun itu dikenakan dengan persetujuan bertulis daripada Pendakwa Raya dan selaras dengan kuasa di bawah Seksyen 373(1) CMSA.

“Ini berikutan keputusan Pendakwa Raya menerima representasi yang dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara oleh Serba Dinamik dan individu terbabit berkenaan pertuduhan yang belum diselesaikan di mahkamah,” katanya.

SC berkata ini merupakan kompaun maksimum yang boleh dikenakan di bawah Seksyen 369(a)(B) CMSA atas pengemukaan maklumat palsu dalam penyata kewangan syarikat.

“Serba Dinamik dan individu terbabit telah dikenakan pertuduhan kerana mengemukakan penyata palsu tersebut kepada Bursa Malaysia Securities Bhd pada 26 Februari 2021, berhubung dengan angka hasil sebanyak RM6.014 bilion yang terkandung dalam laporan suku tahun bagi keputusan disatukan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Dis 2020,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan