web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebihan Dagangan Malaysia Naik 26.9 Peratus Kepada RM184.8 Bilion

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jan 2021 1:37PM

Seorang wanita membeli barang runcit di sebuah pasar raya di Karak pada Mac 17, 2020. Gambar: AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lebihan dagangan Malaysia meningkat sebanyak 26.9 peratus kepada RM184.8 bilion iaitu tertinggi pernah dicatatkan setakat ini manakala jumlah dagangan pada 2020 mencecah RM1.8 trilion, susut 3.6 peratus tahun ke tahun, demikian menurut Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata seiring dengan kelemahan permintaan global dan keadaan ekonomi luaran yang tidak memberansangkan akibat COVID-19, jumlah eksport negara ini pada 2020 telah susut 1.4 peratus kepada RM981.0 bilion berbanding tahun sebelumnya dan import berkurangan 6.3 peratus atau RM53.2 bilion kepada RM796.2 bilion.

Menurutnya, Disember 2020 mencatat nilai eksport bulanan tertinggi sebanyak RM95.7 bilion -- peningkatan 10.8 peratus berbanding bulan sama pada 2019 yang melebihi pertumbuhan import bagi tempoh lapan bulan berturut-turut.

“Setelah penurunan selama sembilan bulan berturut-turut, import kembali meningkat dengan mencatat pertumbuhan 1.6 peratus kepada RM75.0 bilion. Eksport Malaysia meneruskan momentum positif pada Disember 2020 dan peningkatan eksport itu disokong oleh eksport semula dan eksport domestik.

“Eksport semula misalnya berjumlah RM17.6 bilion iaitu menyumbang sebanyak 18.4 peratus kepada jumlah eksport yang merupakan peningkatan sebanyak 22.9 peratus manakala eksport domestik bernilai RM78.1 bilion iaitu meningkat 8.3 peratus tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan media Laporan Perangkaan Perdagangan Luar Negara bagi Disember 2020, pada Jumaat.

Menurut Mohd Uzir, lebihan dagangan meningkat sebanyak 64.9 peratus kepada RM20.7 bilion tahun ke tahun.

Beliau berkata, peningkatan eksport didorong oleh pertambahan eksport ke Singapura (+RM2.2 bilion), China (+RM1.9 bilion), Amerika Syarikat (+RM1.7 bilion), India (+RM1.62 bilion), Hong Kong (+RM1.60 bilion) dan Kesatuan Eropah (+RM988.1 juta).

Selain itu, kenaikan import pula terutamanya dari China (+RM2.1 bilion), India (+RM772.9 juta), Hong Kong (+RM518.7 juta) dan Taiwan (+RM466.0 juta).

Menurutnya, produk utama yang menyumbang kepada peningkatan eksport adalah barangan elektrik dan elektronik (+RM5.6 bilion); keluaran getah (+RM3.0 bilion) dan minyak kelapa sawit serta keluaran pertanian berasaskan minyak sawit (+RM2.6 bilion).

“Peningkatan import pula bagi produk elektrik dan elektronik (+RM2.7 bilion) serta kimia dan bahan kimia (+RM734.7 juta),” katanya. – Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori