Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


COVID-19: AirAsia Selesaikan 99 Peratus Pertanyaan Pelanggan, Permintaan Bayaran Balik

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Mar 2022 12:14PM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia Aviation Group Ltd (AAAGL)  telah menyelesaikan lebih 99 peratus pertanyaan tetamu/pelanggan berkenaan permintaan bayaran balik yang disebabkan oleh pandemik COVID-19 sejak dua tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,  Bo Lingam berkata syarikat penerbangan itu telah menerima jumlah pertanyaan yang amat tinggi dengan purata kira-kira 200,000 setiap hari semasa tempoh puncak.

"Kami telah berhubung dengan lebih lima juta tetamu sejak pandemik bermula dan menyelesaikan sebahagian besar permintaan mereka berkaitan penerbangan yang dibatalkan dengan memberikan kembalian dalam bentuk akaun kredit, bayaran balik tunai ataupun penukaran penerbangan.

"Bagi semua syarikat penerbangan bawah AAAGL, kami setakat ini telah memberikan kembalian kepada lebih tiga juta tempahan tiket sama ada dalam bentuk bayaran balik tunai ataupun akaun kredit. Secara keseluruhan kami menerima permintaan untuk bayaran balik sebanyak US$1.80 bilion (US$1=RM4.22) daripada para tetamu sejak 2020," katanya dalam satu kenyataan.

Daripada jumlah permintaan bayaran balik tunai, lebih 99 peratus daripadanya telah berjaya diselesaikan dengan hanya US$14.66 juta atau 0.8 peratus masih dalam proses pembayaran  dan ianya dijangka selesai dalam beberapa bulan sahaja lagi, tambah beliau.

Menurut Bo, sebahagian besar tetamu mereka telah memilih akaun kredit yang diproses serta-merta dan sah sehingga dua tahun untuk tempahan daripada tarikh dikeluarkan.

Beliau berkata dengan penyambungan semula penerbangan domestik dan pembukaan semula sempadan di kebanyakan pasaran utamanya, kira-kira 88 peratus daripada akaun kredit yang dikeluarkan telah digunakan, menandakan keinginan dan keyakinan yang kukuh terhadap perjalanan udara dalam kalangan orang ramai. - Bernama

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini