Berita Terkini

20 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Flash Malaysia Sasar 10,000 Peluang Kerja Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 4:31PM

Di Wei Jie bergambar bersama Flash Express parcel selepas majlis pelancaran rasmi Flash Malaysia Express di Kuala Lumpur. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR-  Flash Malaysia Express Sdn Bhd, unit di bawah syarikat perkhidmatan logistik e-dagang yang berpangkalan di Thailand, Flash Group, menyasar untuk mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan di Malaysia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Di Wei Jie berkata daripada jumlah itu, 75 peratus tenaga kerja akan ditempatkan di perkhidmatan barisan hadapan, 10 peratus untuk gudang, dan 15 peratus di bahagian korporat. 

“Kami memulakan operasi pada 25 Oktober 2021, dengan hab tunggal di Klang, Selangor, dan pada masa ini kami mempunyai kira-kira 4,000 tenaga kerja,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran rasmi Flash Malaysia Express di sini hari ini. 

Beliau berkata Flash Express Malaysia dipacu oleh tiga perkhidmatan utama, iaitu pengambilan dari pintu ke pintu secara percuma, kadar penghantaran rendah dan operasi penghantaran selama 365 hari tanpa cuti.

“Setakat ini, Flash Express Malaysia telah mengembangkan perniagaannya dengan pesat dan memperoleh10 hab (lapan di Semenanjung Malaysia, dan masing-masing satu di Sabah dan Sarawak) dan 100 pusat perkhidmatan di seluruh negara.

“Kami kini menyediakan perkhidmatan di seluruh Malaysia, membuat kira-kira 30,000 penghantaran setiap hari,”  tambahnya. 

Di berkata syarikat itu juga merancang untuk membuka kira-kira lima lagi hab dengan lebih daripada 300 pusat perkhidmatan di seluruh negara pada 2022, didorong oleh peningkatan bilangan penghantaran setiap hari.

Terdahulu dalam ucapannya, Di berkata Flash Express Malaysia komited untuk memastikan kualiti pasukan yang profesional, diiktiraf sebagai organisasi berasaskan nilai teras dan meningkatkan tadbir urus syarikat dengan baik.

“E-dagang di Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang kukuh. Oleh itu, syarikat bertekad untuk menyediakan perkhidmatan kurier yang berkualiti kepada pelanggan dengan teliti dan bertanggungjawab.

“Pengembangan perniagaan kami di Malaysia bukan sahaja untuk membantu merangsang ekonomi Malaysia, tetapi kami juga komited untuk menyumbang secara positif dan menyediakan peluang pekerjaan di Malaysia,”  katanya.

Flash Group menjadi syarikat pemula niaga unicorn pertama Thailand pada tahun lepas selepas hanya tiga tahun beroperasi. - Bernama

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030