Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerjasama Aerodyne, Petrosar Dalam DT3 Bakal Ubah Lanskap Perindustrian Sarawak

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2022 5:58PM

Aerodyne Group dan Akademi Petrosar bekerjasama untuk menyediakan teknologi dron yang canggih, teknologi data serta penyelesaian transformasi digital (DT3) di pasaran Sarawak dan Borneo.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dron adalah sebuah pesawat tanpa pemandu (UAV) atau turut dikenali sebagai robot terbang. 

Pesawat berkenaan boleh dikendalikan sama ada menggunakan alat kawalan atau menggunakan perisian kawalan kapal terbang yang dipasang di dalamnya.

Jika sebelum ini dron kebiasaannya digunakan bagi tujuan ketenteraan, namun hari ini penggunaan teknologi canggih itu lebih meluas.

Menyedari hakikat itu, Aerodyne Group, pembekal perkhidmatan dron terkemuka di dunia dan Akademi Petrosar bekerjasama untuk menyediakan teknologi dron yang canggih, teknologi data dan penyelesaian transformasi digital (DT3) di pasaran Sarawak dan Borneo.

Petrosar adalah pusat latihan vokasional, teknikal dan kejuruteraan bertauliah yang berfungsi untuk menyokong perkembangan pelbagai industri tempatan.

Jurucakap Petrosar dan Aerodyne berkata, kerjasama tersebut mendorong pembangunan dan memajukan keseluruhan industri teknologi di Sarawak dan Borneo.

“Dengan kehadiran dan pengaruh kuat Petrosar di Sarawak, pasaran serantau, serta kepakaran Aerodyne dalam penyelesaian masalah berkaitan teknologi dron dan pengurusan data, kerjasama ini bakal mendorong pembangunan di samping memajukan lagi keseluruhan industri teknologi. 

“Kerjasama ini juga bertujuan untuk menyediakan penyelesaian bertaraf dunia kepada sektor swasta dan awam supaya mencapai hasil perniagaan berprestasi tinggi serta perusahaan yang menguntungkan pelbagai industri,” katanya baru-baru ini.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu bakal mengubah lanskap perindustrian Sarawak dengan menggunakan kepakaran masing-masing.

Katanya, kepakaran itu termasuk dalam perkhidmatan kejuruteraan minyak dan gas, pemeriksaan dan pengurusan aset infrastruktur yang kritikal, peninjauan sekuriti dan aerial, penghantaran secara dron berteknologi tinggi dan perkhidmatan lain termasuk latihan dan pembangunan modal insan.

Kamarul Muhamed
Kamarul Muhamed

Dalam perkembangan sama, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Aerodyne, Kamarul Muhamed berkata, Aerodyne akan bekerjasama dengan Petrosar dan syarikat gabungannya yang lain untuk merevolusikan serta mendigitalkan perniagaan di Sarawak dan pasaran Borneo.

Pada masa sama, katanya, mereka akan menyediakan solusi teknikal yang canggih kepada perusahaan terbabit agar lebih berdaya saing dan meningkatkan produktiviti serta penjimatan kos.

“Ini turut membuka ruang kepada pihak berkepentingan tempatan untuk menambah baik proses perusahaan mereka.

“Pada masa yang sama kedua-dua pihak juga sangat teruja untuk mencipta pelbagai peluang pekerjaan baharu di Sarawak yang bakal membawa status Malaysia ke arah negara berteknologi tinggi,” katanya.

Azfar Z Safri
Azfar Z Safri

Sementara itu, CEO Akademi Petrosar Azfar Z Safri berkata, kerjasama strategik itu merupakan satu penanda aras bagi syarikat tersebut di Sarawak.

“Matlamat kami tidak terbatas dengan sempadan geografi. Akademi Petrosar mempunyai rancangan strategik untuk menjadi pemangkin kepada industri analitik dron di seluruh Borneo termasuk Kalimantan, Indonesia. 

“Bagi pihak Petrosar, saya ingin menyatakan penghargaan kepada Aerodyne di atas kepercayaan terhadap kredibiliti dan reputasi Petrosar,” katanya.

Malah beliau yakin industri analitik teknologi dron akan membawa perubahan besar kepada pembangunan ekonomi digital di Borneo.

Katanya, ia dapat direalisasikan sekiranya perhubungan di antara kerajaan (G2G) iaitu Petrajaya, Putrajaya dan Kalimantan dapat dipertingkatkan lagi dengan perhubungan di antara sektor swasta atau B2B. - Getaran, 20 Februari 2022

Sorotan

1

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 33 minit yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini