web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KWSP Dijangka Umum Dividen Sekitar 5.2 - 6.0 Peratus - Ahli Ekonomi

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2022 10:51AM

Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beberapa ahli ekonomi menjangkakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan dividen lebih menarik bagi 2021 iaitu sekitar 5.2 peratus hingga 6.0 peratus, didorong oleh peningkatan pendapatan pelaburan kasar dana tersebut selain prestasi pasaran modal yang positif.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP bagi tempoh sembilan bulan pertama 2021, meningkat sebanyak 7.7 peratus tahun ke tahun kepada RM48.02 bilion berbanding tempoh sama pada 2020.

“Atas alasan itu, ada kemungkinan kadar dividen akan datang ini jauh lebih baik berbanding 2020. Saya berpendapat, angka tersebut mungkin sekurang-kurangnya menyamai paras 2020 atau jauh lebih tinggi,” katanya kepada Bernama.

Sehubungan itu, beliau mengunjurkan kadar dividen bagi 2021 itu dalam jajaran 5.20 peratus hingga 5.40 peratus.

Pada 2020, dana persaraan itu mengumumkan kadar dividen sebanyak 5.2 peratus yang membabitkan agihan sebanyak RM42.88 bilion bagi Simpanan Konvensional dan 4.9 peratus bagi Simpanan Syariah yang berjumlah RM4.76 bilion. 

Menurut Mohd Afzanizam, terdapat peluang bagi kadar dividen lebih baik sekiranya pendapatan korporat KWSP bagi tempoh suku keempat mencatat kenaikan.

Malah, KWSP juga dilihat mempelbagaikan portfolionya ke pasaran luar negara dengan pendapatan daripada ekuiti asing pula memberi sumbangan besar kepada jumlah pendapatan yang diperolehnya.

“Oleh itu, strategi pempelbagaian portfolio KWSP terbukti membuahkan hasil dan ini boleh disalurkan dalam bentuk pemberian kadar dividen lebih mampan di masa depan,” katanya.

Mengulas pengeluaran khas di bawah skim i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra dana persaraan itu, beliau berkata pengeluaran tersebut berkemungkinan besar tidak memberi impak ketara terhadap prestasi dividen tersebut.

Mohd Afzanizam juga percaya pada masa sama, ekonomi negara berjaya mencatat pertumbuhan pada kadar positif pada 2021 dan kadar pengangguran semakin susut kepada 4.2 peratus pada Disember 2021 daripada paras tinggi sehingga 5.3 peratus dalam pertengahan 2020.

Sehubungan itu, katanya, caruman baharu ahli KWSP berserta pelaburan aset yang matang dapat menampan aliran pengeluaran tersebut.

Sementara itu, Profesor Ekonomi di i-CATS University College Kuching, Datuk Shazali Abu Mansor pula menjangkakan KWSP mengumumkan kadar dividen dalam lingkungan 5.5 peratus hingga 6.0 peratus bagi tahun lepas susulan prestasi pelaburan kasar yang lebih baik.

“Dividen sepatutnya meningkat seiring dengan (prestasi) pendapatan. Oleh itu, bagi 2021, kadar berkenaan seharusnya melebihi 5.2 peratus. Jika kurang daripada itu, ianya dilihat sebagai tidak seimbang,” katanya.

Ketua Ahli Ekonomi dan Penyelidik Ambank Group, Anthony Dass berkata biarpun terdapat beberapa cabaran di peringkat domestik, prestasi keseluruhan pasaran modal tempatan adalah menggalakkan dan ini mungkin membawa kepada pembayaran dividen sekitar 5.45 peratus hingga 6.0 peratus.

“Dalam keadaan ekonomi yang mulai pulih, semakin ramai yang mendapat pekerjaan dan turut mewujudkan peluang pekerjaan daripada perniagaan baharu. Ini sekali gus dapat membantu dari segi penambahan semula simpanan KWSP.

“Bagaimanapun, untuk membolehkan paras simpanan itu mencecah sepertimana paras 2019, ia akan turut bergantung kepada jumlah caruman masa depan yang dimasukkan ke dalam KWSP.

“Selain itu, pada masa sama, aspek liputan dan jaminan perlindungan sosial terutama melibatkan kalangan yang bekerja sendiri dan mereka dalam sektor tidak formal juga perlu dipertingkat,” katanya.

Dalam pada itu, menyentuh prospek bagi 2022, Mohd Afzanizam berkata sebarang senario yang menyaksikan kenaikan kadar faedah akan membantu dari segi peningkatan pendapatan tetap KWSP dan instrumen pasaran wang.

Menurutnya, ini berikutan terbitan bon-bon baharu akan berasaskan pada kadar lebih tinggi dan menerusi peningkatan kadar kupon.

“Kemungkinan besar peruntukan aset strategik (SAA) KWSP akan dapat menjadi panduan bagi dana persaraan itu mengharungi masa-masa mencabar,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat