web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Felda Beli 467,300 Lagi Saham FGV Daripada Pasaran Terbuka

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Mar 2021 3:27PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) mengumumkan bahawa Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah membeli 467,300 lagi saham FGV pada harga RM1.30 sesaham di pasaran terbuka.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, ia berkata pembelian itu dilakukan berdasarkan tawaran pengambilalihan wajib tanpa syarat oleh Felda untuk memperoleh semua saham FGV yang masih ada.

Menurut laporan media baru-baru ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Felda, yang telah memiliki 77 peratus kepentingan dalam FGV, hanya memerlukan 13 peratus lagi kepentingan ekuiti dalam kumpulan perladangan itu untuk menyahsenarai ia dari Bursa Malaysia.

Langkah itu adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk membantu Felda memulihkan dan mengukuhkan kedudukan kewangannya, yang juga akan memberi manfaat kepada peneroka, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori