web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


FedEx Ekspress Malaysia Perkasa e-Dagang Tempatan, Teraju Teknologi Digital Baharu

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jan 2022 2:26PM

FedEx Ekspress Malaysia akan terus memperkukuhkan platform e-dagang tempatan untuk kekal berdaya saing dalam perkhidmatan kurier. - Gambar dari Facebook FedEx Express Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - FedEx Ekspress Malaysia akan terus memperkukuh keupayaan dalam usaha menyokong pemerkasaan platform e-dagang tempatan menerusi penerajuan teknologi pendigitalan baharu.

Pengarah Urusan FedEx Express, SC Chong berkata, pemerkasaan e-dagang tempatan sememangnya memerlukan sokongan pemain industri untuk meningkatkan pertumbuhan.

"Saya yakin syarikat penyedia logistik mampu menjadi pesaing pasaran yang positif berikutan peningkatan pergantungan terhadap e-dagang.

"Dengan peningkatan pergantungan terhadap e-dagang, kami yakin untuk terus menerajui teknologi dan memperkukuhkan keupayaan kami di persimpangan dunia digital dan fizikal," katanya hari ini.

Chong berkata, pandemik COVID-19 menjadi pemangkin kepada pertumbuhan e-dagang kerana operasi perniagaan terpaksa berubah untuk kekal berdaya saing dan berkembang.

"FedEx Express kini telah melaksanakan penghantaran tanpa sentuhan kepada pelanggan dan turut menamatkan ciri tandatangan fizikal demi menjamin kesejahteraan semua pihak.

"Tidak hanya itu, penyertaan ciri atas talian melalui FedEx Billing Online, Virtual Asisstant dan Delivery Manager turut tersedia buat pengguna," jelasnya.

Tambah beliau, peralihan pembelian dan sikap pengguna akan terus memberi kesan dan mempercepatkan pertumbuhan e-dagang.

Katanya, ahli perniagaan perlu terus mengadaptasi dan menjangkakan keperluan pelanggan mereka untuk memajukan perniagaan.

"Pandemik ini telah mengubah cara perniagaan beroperasi kerana mereka perlu sentiasa berada di hadapan dengan memberikan penyelesaian kepada cabaran yang mereka hadapi.

"Mereka mesti terus berinovasi dan mencipta kerana masyarakat telah berubah, dan perlu sentiasa menjadi sebahagian daripada perubahan positif tersebut," katanya.

Dalam pada itu, Chong berkata, peningkatan e-dagang membolehkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bergerak melangkaui permintaan tempatan atau domestik untuk menjangkau pelanggan serantau antarabangsa.

"Menurut Analitis E-Dagang daripada GlobalData, dua tahun lalu, pasaran e-dagang Malaysia melaporkan pertumbuhan sebanyak 24.7 peratus.

"Malah, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada akhir tahun 2020 menyatakan, sebanyak 489,000 perusahan mikro dan sederhana kecil menerima pakai e-dagang, dan syarikat yang menggunakan e-dagang untuk eskport meningkat secara exponent daripada 1,800 kepada 27,000," katanya. - Getaran, 21 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori