web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Brogrammer Digital Cari Rakan Kongsi, Pelabur Untuk Fuiyoh

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 4:18PM

CEO Brogrammer Digital Sdn Bhd, Mohamad Afifudin Md Yusoff (kiri), Timbalan Pengerusi Kopenas, Azhar Mann, pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia, Datuk Fathul Bari Mat Jahya, selebriti serta usahawan, Datuk Rosyam Noor dan Datuk Raymond Ho dari Harimau Fresh pada majlis menandatangani perjanjian pada Selasa. – Gambar dari Brogrammer Digital Sdn Bhd.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kira-kira 38 organisasi telah mendaftar untuk mengendalikan Fuiyoh Hub dalam enam bulan pertama tahun ini, dengan setiap satu pelaburan berjumlah RM250,000.

Ia menawarkan peluang di bawah Fuiyoh Delivery (kurier, ekspres dan peluang pekerjaan) kerana hub itu akan bertindak sebagai tempat mengambil dan menghantar dokumen serta bungkusan, yang kemudiannya akan dihantar ke destinasi domestik serta antarabangsa.

Pada pelancaran Selasa lalu, 12 usahawan telah menyerahkan deposit faedah untuk membuka Fuiyoh Hub kepada Koperasi Perkhidmatan Pelajaran Nasional Bhd (Kopenas).

Pelaburan keseluruhan untuk perniagaan baru ini berjumlah RM3 juta.

Terdahulu, 12 pihak yang menandatangani Fuiyoh Hub untuk fasa pertama pada Julai, telah diserahkan bantuan subsidi sebanyak RM240,000 oleh Brogrammar Digital. 

Fuiyoh dikatakan menawarkan pengalaman maya baharu kepada rakyat Malaysia untuk memanfaatkan realiti tambahan, realiti maya dan video, membolehkan pengguna berinteraksi dalam dunia digital.

Semasa pelancaran itu, Brogrammer Digital Sdn Bhd yang merupakan pereka konsep dan pemilik jenama digital Fuiyoh berkata, perusahaan kecil dan sederhana Malaysia harus menerima teknologi digital dengan memasukkan kedua-dua bahagian hadapan dan bahagian belakang dalam operasi perniagaan.

Brogrammer Digital mempunyai 3 inisiatif iaitu Fuiyoh Business, Fuiyoh Tourism, dan Fuiyoh Metaverse.

Fuiyoh Business mengandungi Fuiyoh Delivery, yang menawarkan hub, kurier, ekpress dan peluang pekerjaan manakala Fuiyoh Market merangkumi produk, makanan dan perkhidmatan.

Sementara Fuiyoh Tourism mengandungi tiketing, e-wallet, perniagaan, penginapan, maklumat, pengangkutan dan pelancongan.

Selain pelancongan, hotel, pemandu pelancongan, tiket, pengangkutan dan kaunter maklumat merupakan sebahagian contoh pihak-pihak yang boleh memanfaatkan kehebatan ekosistem ini.

Malah Airbnb, percutian, penginapan kampung, rumah pantai dan pengalaman unik di seluruh negara juga boleh memanfaatkan Fuiyoh Tourism.

Dalam pada itu, Fuiyoh Metaverse menawarkan peluang untuk memaparkan pelancongan di Malaysia secara maya.

Pada Selasa, Kopenas menandatangani kerjasama dengan Gogopasar untuk Fuiyoh Marketplace dan Fuiyoh Delivery. Selain itu, satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara Harimau Fresh dan Kopenas untuk Fuiyoh Delivery. 

Brogrammer Digital kini mencari lebih banyak rakan kongsi dan pelabur untuk mengambil bahagian dalam Fuiyoh, serta sama-sama bekerjasama ketika ekonomi baru pulih daripada pandemik. - The Vibes, 2 Disember 2021

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori