web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Caj DNB Kurang Daripada 20 Sen Bagi Setiap GB 5G Kepada Syarikat Telekomunikasi

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Nov 2021 12:46PM

Tengku Zafrul pada Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) akan mengenakan caj kurang daripada 20 sen bagi setiap gigabit (GB) untuk 5G kepada syarikat telekomunikasi, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

“Sebagai perbandingan, ini adalah jauh lebih murah berbanding kos tambahan semasa bagi setiap GB 4G yang dihasilkan oleh syarikat telekomunikasi dengan kadar antara 45 dan 55 sen bagi setiap GB,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

SKMM, sebagai pengawal selia, akan memastikan harga yang ditetapkan adalah adil dan berteraskan pemulihan kos dan bukan untuk menjana keuntungan.

“Saya telah dimaklumkan bahawa proses penetapan harga 5G tersebut hampir dimuktamadkan dan ia amatlah berbeza dan jauh lebih rendah berbanding kos bagi setiap gigabit (GB) 4G oleh syarikat telekomunikasi,” katanya.

Oleh itu, katanya beliau percaya syarikat telekomunikasi akan menyambut baik penetapan harga tersebut apabila ia dimaklumkan kepada mereka kelak.

Tengku Zafrul berkata DNB juga akan melaksanakan rangkaian 5G melalui model Rangkaian Borong Tunggal (SWN) bagi tujuan ini.

“Kerajaan sedar akan isu dan cabaran telekomunikasi SWN di negara lain dan telah mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesilapan yang sama tidak berlaku di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata melalui model ini, setiap syarikat telekomunikasi dijangka akan membayar DNB antara RM3.5 bilion dan RM4.0 bilion dalam tempoh 10 tahun akan datang, atau kira-kira purata RM350 hingga RM400 juta setahun.

Katanya ini jauh lebih rendah daripada jumlah RM1.0 bilion, iaitu perbelanjaan modal untuk 4G yang dilaburkan oleh syarikat telekomunikasi setiap tahun.

“Ini bermakna mereka akan mendapat penjimatan lebih daripada 50 peratus dan penjimatan tersebut dapat mengurangkan harga perkhidmatan yang dikenakan kepada pelanggan atau pengguna dan pada masa sama, mereka juga masih boleh membayar lebih banyak dividen kepada pemegang saham masing-masing,” katanya.

Selain daripada kos yang lebih rendah dan tanpa modal perbelanjaan yang ketara, katanya syarikat telekomunikasi juga akan dapat menyampaikan perkhidmatan 5G lebih awal berbanding jika mereka cuba melancarkannya sendiri.

Katanya ini pastinya akan membawa manfaat yang besar kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan.

“Paling penting, rakyat akan dapat menikmati kelajuan yang dijangka 100 kali ganda lebih pantas dengan harga yang sangat berpatutan.

“Pada masa sama, syarikat telekomunikasi juga masih boleh mengekalkan kadar keuntungan mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kos pelaksanaan rangkaian 5G ini akan dibiayai melalui gabungan pembiayaan tertunda kepada vendor, pembiayaan perdagangan dan modal kerja serta program Sukuk yang akan diterbitkan dalam pasaran modal negara.

“Ia juga tidak akan melibatkan apa-apa jaminan atau pembiayaan daripada kerajaan, terutamanya secara tidak langsung, atau dengan izin, off-balance sheet, seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak,” katanya.

Beliau berkata DNB akan mendapatkan pembiayaan tersebut melalui perkhidmatan kewangan seperti bank dan ini akan dibayar semula melalui hasil jualan yang dijana daripada penjualan kapasiti secara borong. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

4

Politik 1 tahun yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori