Berita Terkini

10 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Liputan 4G Di Malaysia Antara ‘Termundur’?

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Nov 2021 8:39AM

Annuar Musa ketika meninjau menara telekomunikasi di Kampung Tok Kong yang dinaik taraf ke rangkaian 4G pada Program Kembara Connectivity Kelantan pada 30 Oktober. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Apakah yang membentuk rangkaian mudah alih terbaik di dunia? Dalam fikiran ramai, sudah tentu lebih pantas adalah lebih baik.

Sebagaimana kita lihat hari ini, persaingan untuk melaksanakan perkhidmatan teknologi generasi kelima (5G) semakin rancak di seluruh dunia.

Malaysia sendiri tidak terkecuali dalam perlumbaan ini apabila Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia baru-baru ini memaklumkan rangkaian Internet 5G akan dicapai secara berperingkat bermula bulan depan.

Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata rangkaian itu akan dimulakan di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur terlebih dahulu dan akan diperluaskan ke kawasan lain pada 2022.

Difahamkan teknologi 5G sangat menakjubkan. Ia bukan hanya mengenai kelajuan tetapi menjadi pengubah kepada segala-galanya.

Bayangkan dengan teknologi ini, anda tidak sempat untuk bangun dan menyediakan kopi panas kerana muat turun sebuah filem berdurasi dua jam hanya mengambil masa 3.6 saat. Memang menakjubkan!

Usaha itu sudah tentu dinanti ramai yang mengharapkan perubahan teknologi lebih canggih dan pantas seiring peredaran zaman.

Walaupun pelaksanaan teknologi 5G di negara ini semakin hampir menjadi realiti, harus diingat masih banyak kawasan yang hanya memiliki teknologi 3G dan 4G dengan seribu macam masalah.

Malah Annuar semasa sesi penggulungan kementeriannya di Dewan Raya pada minggu lalu mengakui bahawa kedudukan rangkaian di Malaysia tidak merata, apabila masih ada lokasi yang rangkaiannya tidak begitu berkualiti.

Itulah hakikatnya yang perlu diterima ketika ini.

Percaya atau tidak, Malaysia menduduki ranking ke-81 daripada 100 negara dalam aspek kualiti liputan rangkaian jalur lebar generasi keempat (4G), berdasarkan ujian oleh Tutela, sebuah syarikat data sumber bebas dengan panel global yang terdiri dari lebih 300 juta pengguna telefon pintar.

Data yang diperolehi melalui laporan pengalaman mudah alih berdasarkan ujian membabitkan 100 negara itu pada September tahun lalu, jelas menunjukkan liputan 4G di negara ini amat mengecewakan.

Masalah capaian internet masih lagi lemah meskipun langkah untuk memantapkan liputan 4G giat dijalankan syarikat telekomunikasi sehingga isu tersebut hangat dibahaskan di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Orang ramai turut tidak ketinggalan meluahkan kekecewaan mereka di media sosial mengenai liputan 4G yang dikategorikan masih berada di bawah par.

Sebagai contoh, masalah capaian internet lemah di Kampung Seri Kesinai, Padang Besar dekat Kangar, Perlis yang tular sebelum ini turut dikaitkan dengan keadaan bentuk muka bumi di kawasan berkenaan.

Masalah tersebut dikenal pasti selepas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) melakukan siasatan semasa turun ke kawasan terlibat 21 Oktober lalu.

Menurut laporan itu, liputan 4G di negara ini antara yang ‘termundur’, hampir menyamai kualiti dinikmati pengguna di negara kurang membangun seperti Myanmar, Kemboja dan Filipina.

Myanmar dan Kemboja masing-masing berkongsi kedudukan ke-82 manakala Filipina pula di tempat ke-88 dalam senarai negara yang mempunyai liputan 4G paling perlahan.

Lebih mengejutkan, Malaysia yang berstatus negara maju turut ketinggalan di belakang Vietnam (50), Thailand (74), Laos (75) dan Indonesia (78).

Negara jiran Singapura pula menduduki tangga ke-17 daripada 100 negara berdasarkan laporan pengalaman mudah alih oleh Tutela pada tahun lalu.

Laporan tersebut mendedahkan syarikat telco, Celcom menawarkan kelajuan muat turun paling perlahan iaitu 8.2 megabit sesaat (Mbps) sejak Mei hingga Julai lalu.

Digi pula antara terpantas dengan 15.0 Mbps diikuti Maxis (13.4 Mbps), U Mobile Malaysia (11.5 Mbps) dan Unifi (11.0 Mbps).

Berdasarkan laporan tersebut juga, kualiti muat turun dua syarikat telco iaitu Maxis dan Celcom mencatatkan penurunan secara drastik selama tiga tahun berturut-turut bermula September 2019 hingga September tahun ini. - Getaran, 25 November 2021

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 7 minit yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN