Berita Terkini

12 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Malaysia Catat Jumlah Pelaburan Diluluskan RM164 Bilion Pada 2020

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2021 3:18PM

Azmin Ali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatat sejumlah RM164 bilion pelaburan yang diluluskan melalui 4,599 projek dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan utama pada 2020, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata pelaburan ini diharapkan dapat mewujudkan 114,673 pekerjaan baharu dalam pelbagai sektor ekonomi setelah dilaksanakan.

“Sebaliknya, sejumlah 5,287 projek dengan pelaburan berjumlah RM211.4 bilion telah diluluskan pada 2019.

“Penurunan ini disebabkan oleh sektor perkhidmatan dan utama yang secara langsung dipengaruhi oleh penurunan permintaan global akibat pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) itu, pada 2020, pelaburan langsung domestik (DDI) menyumbang sebahagian besar daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dengan sumbangan 60.9 peratus (RM99.8 bilion), sementara pelaburan langsung asing (FDI) merangkumi baki RM64.2 bilion (39.1 peratus). 

Sektor perkilangan menerajui jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2020 dengan mencatat pelaburan sebanyak RM91.3 bilion, diikuti sektor perkhidmatan RM66.7 bilion dan sektor utama RM6 bilion.

MIDA berkata China (RM18.1 bilion), Singapura (RM10 bilion) dan Belanda (RM7 bilion) adalah tiga sumber FDI teratas daripada keseluruhan sektor ekonomi di Malaysia, menyumbang lebih daripada separuh (54.8 peratus) daripada jumlah FDI yang diluluskan bagi tahun ini.

Selangor (RM38.7 bilion) mencatatkan pelaburan tertinggi yang diluluskan pada tahun lepas, diikuti Sabah (RM21 bilion), Sarawak (RM19.6 bilion), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM17.1 bilion) dan Pulau Pinang (RM16 bilion).

“Lima negeri ini sahaja menyumbang lebih 60 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan bagi 2020,” katanya.

Mengenai sektor perkilangan, MIDA berkata, bilangan projek perkilangan yang diluluskan meningkat sebanyak 6.2 peratus daripada 988 projek pada 2019 kepada 1,049 projek pada 2020.

“Apabila dilaksanakan, projek perkilangan yang diluluskan ini akan mewujudkan pekerjaan baharu bagi lebih daripada 80,000 orang.

“Daripada jumlah tersebut, 35.8 peratus adalah jawatan pengurusan, teknikal dan penyeliaan (MTS), termasuk jurutera, penyelia penyelenggaraan kilang, pembuat tools and die, juruteknik, kakitangan teknologi maklumat (IT), pengawal kualiti, juruelektrik dan pengimpal,” katanya.

MIDA berkata, FDI menyumbang 62 peratus (RM56.6 bilion) daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan, sementara pelaburan domestik merangkumi baki 38 peratus (RM34.7 bilion).

‘’Penting untuk diperhatikan bahawa di sebalik situasi yang mencabar, DDI melonjak 22.6 peratus sementara FDI meningkat 3.9 peratus berbanding 2019,” katanya sambil menambah China merupakan pelabur paling utama dalam sektor perkilangan di Malaysia, menyumbang RM17.8 bilion daripada jumlah pelaburan asing yang diluluskan dalam sektor tersebut.

“China juga merupakan sumber pelaburan asing terbesar dalam sektor perkilangan selama lima tahun berturut-turut,” katanya.

MIDA berkata sumber FDI utama yang lain termasuk Singapura (RM8.8 bilion), Belanda (RM6.5 bilion), Amerika Syarikat (RM3.7 bilion),  Hong Kong (RM2.9 bilion), Switzerland (RM2.8 bilion), Thailand (RM1.9 bilion), Jepun (RM1.7 bilion) dan Korea Selatan (RM1.4 bilion).

Selangor (RM18.4 bilion) adalah penerima pelaburan terbesar dalam sektor perkilangan bagi 2020, diikuti Sarawak (RM15.7 bilion), Pulau Pinang (RM14.1 bilion), Sabah (RM12.0 bilion) dan Johor (RM6.8 bilion).

Lima negeri ini menyumbang 73.4 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam sektor tersebut tahun lepas.

Mengulas mengenai pencapaian itu, Azmin berkata, walaupun berdepan dengan cabaran akibat pandemik, pelaburan projek baharu yang merangkumi 66.9 peratus daripada keseluruhan projek perkilangan yang diluluskan, tetap dapat dijana pada 2020.

“Ini adalah bukti usaha MITI dan MIDA untuk memastikan kelangsungan perniagaan dan dasar yang mesra pelabur dilaksanakan untuk membolehkan pelabur mempunyai keyakinan mewujudkan operasi baharu di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya kami juga telah bekerja keras untuk memastikan projek yang diluluskan dapat dilaksanakan dengan lancar. 

“Ini dapat dilihat melalui peringkat pelaksanaan yang baik bagi projek yang telah diluluskan. Bagi tempoh 2016-2020, daripada 4,178 projek yang telah diluluskan, 70 peratus pelaburan bernilai RM197.2 bilion telah dilaksanakan di negara ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Manfaatkan Pelbagai Sumber Modal Menerusi Pelaburan Hijau - MITI

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Penipuan Pelaburan: Polis Sahkan Terima Laporan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 2 jam yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN