web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Celcom, PLUS Tandatangan MOU Beri Pengalaman Lancar Kepada Pengguna Lebuh Raya

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Nov 2021 9:39PM

(Dari kiri) Pengerusi PLUS, Datuk Mohamad Nasir Ab Latif; Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail; Pengerusi Celcom, Datuk Izzaddin Idris; dan Ketua Pegawai Eksekutif Celcom, Idham Nawawi pada majlis memeterai kerjasama Celcom dan PLUS di Petaling Jaya, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd (Celcom) bekerjasama dengan PLUS Malaysia Bhd (PLUS) untuk menyasarkan pengalaman mobiliti yang lancar melalui pembangunan dan penyelesaian inovatif, menambah baik pengalaman mobiliti dan kesalinghubungan bagi segmen individu dan perniagaan di Malaysia.

Dalam kenyataan bersama hari ini, kedua-dua pihak berkata kolaborasi itu meliputi pembangunan penyelesaian pengurusan fleet, integrasi platform program kesetiaan pelanggan, dan eksplorasi aplikasi 5G yang memberi nilai tambah kepada komuniti lebuh raya.

Kerjasama itu akan bermula dengan pembangunan Penyelesaian Pengurusan Fleet Pintar iaitu sistem untuk menjejak kenderaan, mempertingkat keselamatan dan kesihatan pemandu, serta pengurusan penyelenggaraan kenderaan untuk menambah kecekapan dan produktiviti fleet kenderaan serta mempertingkat keselamatan bagi komuniti lebuh raya.

Kedua-dua syarikat menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) hari ini bagi kerjasama itu dengan Celcom diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Idham Nawawi, manakala PLUS diwakili Pengarah Urusan Datuk Azman Ismail.

Idham berkata kerjasama itu memaparkan usaha berterusan Celcom untuk memacu agenda Revolusi Perindustrian Keempat sebagai pemangkin digital yang memandu adaptasi Internet Pelbagai Benda (IoT) bagi industri di Malaysia.

“Celcom dan PLUS mempunyai persamaan iaitu menghubungkan rakyat Malaysia melalui keupayaan dan infrastruktur kami, dan saya yakin sinergi antara kedua-dua organisasi ini dapat mengubah ekosistem jalan raya dan pengangkutan negara ke arah negara yang pintar digital,” katanya.

Sementara itu, Azman berkata sebagai aset penting negara, PLUS sentiasa meneroka peluang untuk memperkasa perhubungan lancar yang sedia ada, sekali gus membolehkan mereka memberikan impak positif kepada seluruh persekitaran sosioekonomi untuk kebaikan pelanggan.

“Kerjasama kami dengan Celcom hari ini menawarkan platform yang lebih kukuh untuk menyediakan negara dengan sistem lebuh raya masa hadapan, bermula hari ini,” katanya.

Selain itu, PLUS dan Celcom akan bekerjasama dalam pembangunan produk dan perkhidmatan bersama seperti kesalinghubungan mudah alih bagi ahli PLUSTrack dan rakan niaga di Kawasan Rehat dan Rawat PLUS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 tahun yang lalu

MoU LUC Dan Cengild Perkukuh Pendidikan Sektor Kejururawatan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pemandu Pacuan 4 Roda Maut, 2 Parah Kemalangan Babitkan 7 Kenderaan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Aliran Trafik Bergerak Perlahan, Namun Terkawal

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cybersecurity, Satisguard Meterai MoU, Perkukuh Keselamatan Siber Di Malaysia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori