Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tiada Jaminan Kerajaan Untuk Pembiayaan 5G - DNB

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Nov 2021 10:42AM

Nik Azlan berkata pembiayaan akan ditanggung oleh sektor swasta. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Putrajaya tidak akan menjamin pinjaman atau kemudahan kewangan lain yang digunakan untuk pelaksanaan rangkaian 5G kata Digital Nasional Bhd (DNB) yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Kewangan DNB Nik Azlan Aziz memberitahu The Vibes risiko sudah ada dalam model perniagaan, “seperti dalam mana-mana perniagaan infrastruktur ataupun utiliti”, dan pembiayaan akan ditanggung oleh sektor swasta.  

DNB menjangkakan kos pelaksanaan 5G adalah sekitar RM16.5 bilion, tetapi mungkin meningkat kepada 20 bilion di antara 2025 dan 2030.

Ini selepas mengambil kira pelaburan tambahan sebanyak RM3.5 bilion untuk menambat tapak atau memadatkan rangkaian untuk memenuhi permintaan untuk kapasiti tambahan.

DNB menambah, RM3.5 bilion itu adalah anggaran semata-mata kos di masa hadapan yang hanya akan digunakan berdasarkan kemungkinan pertambahan dalam permintaan 5G.

DNB juga akan bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi dan penyedia infrastruktur untuk membangunkan rangkaian 5G dan menggunakan prasarana sedia ada sebanyak yang mungkin, dengan itu mengelak daripada menduplikasi dan juga mengurangkan kos.

Kos rangkaian diunjurkan bernilai RM12.5 bilion, di mana RM4 bilion adalah untuk perkakas dan RM8.5 bilion adalah untuk infrastruktur.

Daripada kos perkakas rangkaian dan infrastruktur yang berjumlah RM12.5 bilion, hanya RM1.8 bilion akan menguntungkan kepentingan asing.

RM10.7 juta akan diperkembangkan ke dalam ekosistem telekomunikasi tempatan melalui tender-tender, dengan penerima manfaat utama adalah syarikat telco, dan infrastruktur fiber dan penyedia janaan kuasa - termasuk dijangkakan RM1 bilion untuk Tenaga Nasional Bhd dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (MCMC), di mana MCMC akan menggunakan dana itu untuk yuran penugasan radas spektrum.

Kos perkakas rangkaian liputan 5G dan infrastruktur pada mulanya dijangkakan berjumlah RM11 bilion seperti di umumkan pada 1 Julai.

DNB berkata sejak daripada itu ia telah menjadi jelas bahawa RM1.5 bilion lagi diperlukan daripada Telekom Malaysia dalam tempoh 10 tahun untuk menaik taraf infrastruktur sedia ada dalam negara ini.

Ini supaya jaluran gentian dengan spesifikasi yang lebih tinggi dan pemprosesan yang lebih pantas dapat memberikan kualiti perkhidmatan 5G yang lebih baik.

Pada 28 Oktober, UOB Malaysia menyediakan tranche pembiayaan yang pertama dalam bentuk perjanjian pembelian belum terima (RPA) yang bernilai RM800 juta kepada Ericsson Malaysia untuk perlaksanaan rangkaian 5G.

Pengkritik seperti Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah menyeru agar ada lebih ketelusan berhubung pelaksanaan ini, terutama sekali dalam aspek pembiayaan.

“Persoalannya di sini adalah penelitian di sebalik penambahan dana sebanyak RM7 bilion untuk DNB, seolah-olah ia adalah satu monopoli.

“Jumlah RM11 bilion itu datang daripada duit Rakyat, dan para Ahli Parlimen tiada peluang untuk bertanya soalan kepada DNB,” katanya kepada Dewan Rakyat pada 2 November.

Tetapi DNB menegaskan dana awam tidak terlibat, kerana kosnya akan ditanggung oleh sektor swasta.

Selain daripada RM800 juta, pembiayaan bersindiket sebanyak RM2.3 bilion dalam bentuk RPA yang sama sedang dikumpulkan kata Nik Azlan

“DNB sedang mensasarkan untuk memberikan liputan kepada 80 peratus populasi negara menjelang 2024 - untuk mengecapi matlamat ini kami sedang mengumpulkan dana sebanyak RM5 bilion.

“Jumlah itu cukup untuk membiayai operasi sehingga 2024, kerana daripada 2025 ke hadapan, pendapatan yang akan kami jana akan membawa kami hingga 2031,”

Selain daripada RPA, tambahnya DNB sedan bekerjasama dengan beberapa bank untuk mendapatkan kemudahan modal kerja sebanyak RM2 bilion.

“Kami akan memuktamadkan perjanjian tidak lama lagi dan bakinya sedang dirundingkan

“Kami akan membuat pengumuman sepatutnya bila diperlukan.”

DNB juga sedang merancang untuk melancarkan program sukuk 10 tahunnya tahun depan.

“Minat yang telah kami terima daripada pemberi pinjaman yang berpotensi adalah sangat baik.

“Program sukuk ini bertujuan untuk menggantikan kemudahan modal kerja yang kami sedang susun untuk dana RM2 bilion dan membayar balik RM3 bilion RPA yang sedang kami kumpulkan sekarang,” kata Nik Azlan.

Dia menambah yang RPA ataupun bayaran tertunda hanya perlu mula dibayar daripada 2025 ke hadapan.

“Jadi ini akan membantu aliran tunai kami,” katanya - Getaran 10 November 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

DNB, CSM Bawah Kementerian Digital - Fahmi

2

Semasa 9 bulan yang lalu

5G: Syarikat Telekomunikasi Bakal Umum Berita Gembira Hujung Bulan Ini - Fahmi

3

Semasa 11 bulan yang lalu

Rangkaian 5G DNB Akan Terus Digunakan Meskipun Negara Beralih Kepada Dwirangkaian 5G - Fahmi

4

Semasa 11 bulan yang lalu

TM Keluar Notis Penamatan Berhubung Perolehan SSA Ke Atas Kepentingan Dalam DNB

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM