web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Smart Glove Syarikat Tempatan Terbaharu Dikenakan Sekatan Memasuki AS

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Nov 2021 3:13PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan kemasukan ke atas sarung tangan getah keluaran Smart Glove Corp Sdn Bhd ke negara itu mulai 4 November, 2021, atas dakwaan melibatkan amalan buruh paksa.

CBP mengeluarkan Perintah Tahan Pelepasan (WRO) terhadap sarung tangan pakai buang keluaran Smart Glove - syarikat tempatan terbaharu dikenakan tindakan tersebut, atas alasan berdasarkan maklumat siasatan bahawa kemudahan pengeluaran syarikat itu menggunakan khidmat buruh paksa.

Malah, CBP mendakwa ia turut mengenal pasti tujuh indikator ditetapkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) membabitkan buruh paksa dalam siasatan tersebut.

Tindakan terbaharu ke atas syarikat itu berlaku kira-kira dua minggu selepas CBP mengenakan larangan serta atas alasan sama terhadap Supermax Corp Bhd.

Menurut Pemangku Pesuruhjaya CBP Troy Miller, pihaknya telah menetapkan standard antarabangsa sejak dua tahun lepas bagi memastikan produk yang dihasilkan oleh tenaga buruh paksa tidak memasuki ruang perdagangan AS.

“Pengeluar seperti Smart Glove yang gagal mematuhi undang-undang kita akan berdepan kesannya dalam usaha negara ini menghapuskan amalan buruh paksa itu daripada rantaian bekalan AS,” katanya dalam satu kenyataan.

Peraturan Persekutuan 19 USC 1307 negara itu melarang pengimportan barangan yang dihasilkan secara penuh atau sebahagiannya oleh buruh paksa dan/atau buruh kontrak termasuk buruh kanak-kanak secara kontrak atau paksa.

CBP akan bertindak menahan produk yang disyaki melanggar peraturan itu dan pengimport produk berkenaan mempunyai pilihan mengeksport produk terbabit atau menunjukkan bukti bahawa ia tidak dihasilkan oleh buruh paksa.

Pada tengah hari ini, saham-saham Smart Glove susut satu sen kepada RM2.18 dengan sejumlah 6.02 juta saham saling berpindah tangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

NADMA Terima Aset Perubatan FAST Bernilai RM6 Juta

2

Luar Negara 3 tahun yang lalu

Twitter Berdepan Saman AS$250 Juta Daripada 17 Penerbit Muzik

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Bank Negara Sedang Cari Penyelesaian Kukuhkan Ringgit - Ahmad Maslan

4

Luar Negara 3 tahun yang lalu

AS: 100,000 Maut Akibat Ambil Dos Dadah Berlebihan Pada 2022 - CDC

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori