web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022: Kebajikan Warga Emas, Kanak-Kanak, OKU Terus Dipertingkat

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 7:44PM

Kerajaan mengumumkan peruntukan sebanyak RM635 juta bagi mempergiatkan program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan termasuk warga emas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejajar status negara tua yang bakal ditempuh Malaysia menjelang tahun 2030, kerajaan mengumumkan peruntukan RM635 juta bagi memastikan golongan itu memperoleh sokongan berterusan.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata, peruntukan diumumkan menerusi Bajet 2022 itu, termasuk untuk meningkatkan perkhidmatan kebajikan, institusi penjagaan dan pusat aktiviti.

“Ini menyaksikan komitmen kerajaan untuk terus mempergiatkan program pembangunan sosioekonomi dan memelihara kebajikan komuniti tumpuan, terutama warga emas, kanak-kanak dan orang kelainan upaya (OKU),” katanya ketika mengumumkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Bajet bertemakan keluarga Malaysia Makmur Sejahtera itu membabitkan dana keseluruhan sebanyak 332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukaan tertinggi berbanding bajet sebelumnya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan menyedari keselamatan kanak-kanak menjadi aspek tidak boleh dikompromi, justeru subsidi sebanyak 50 peratus atau sehingga RM150 akan diberi bagi meringankan bebanan keluarga B40 untuk menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan.

Komitmen itu, katanya, membabitkan sejumlah RM30 juta dan bakal memanfaatkan 188,000 keluarga.

Beliau berkata, kerajaan turut melaksanakan tiga pendekatan pada tahun depan membabitkan peruntukan RM24 juta bagi memperkasakan aspek kesihatan kanak-kanak dan memastikan masalah kekurangan zat golongan itu, terutama dalam kalangan keluarga miskin bandar diberi perhatian sebaiknya.

Jelasnya, pendekatan itu adalah meluaskan ‘Program Community Feeding’ kepada kanak-kanak miskin bandar di Selangor, Johor, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan sasaran untuk menyediakan makanan tambahan lima kali seminggu untuk 100 kanak-kanak berusia satu hingga enam tahun.

“Kerajaan akan meluaskan skop penerima bantuan Program Pemulihan Kanak-kanak Kekurangan Zat Makanan bagi manfaat lebih 1,100 kanak-kanak.

“Bank Susu Ibu untuk bayi pramatang juga akan ditubuhkan di Neonatal Care Unit (Unit Rawatan Bayi Baru Lahir) di hospital di Pulau Pinang, Johor, Terengganu, Sabah dan Sarawak,” katanya.

Pada masa sama Tengku Zafrul berkata, kerajaan juga menyediakan peruntukan khusus sebanyak RM30 juta bagi menaik taraf infrastruktur bangunan kerajaan supaya mesra OKU, termasuk lebih banyak laluan khas untuk kegunaan golongan cacat penglihatan.

Sebanyak RM10 juta, katanya, turut diperuntukkan untuk Pusat Latihan Berdikari serta sebuah Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan Kerajaan bagi melaksanakan program latihan dan bimbingan kepada golongan berkenaan.

Menurut beliau, kuota khas sebanyak satu peratus untuk program MyStep akan disediakan bagi memastikan anak muda OKU mempunyai tempat untuk menceburi bidang pekerjaan.

Selain itu Tengku Zafrul berkata, semua rangkaian televisyen, termasuk saluran swasta akan menyediakan jurubahasa isyarat dalam penyampaian rancangan terbabit bagi meningkatkan akses golongan berkenaan kepada media dan membolehkan mereka cakna dengan berita semasa serta informasi terkini.

Malah, pada tahun depan, katanya, kerajaan bersetuju menanggung sepenuhnya bayaran Lesen Kenderaan Motor kepada semua kenderaan persendirian dimiliki OKU.

“Harapnya, ini sedikit sebanyak meringankan kos sara hidup golongan OKU,” katanya. – Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori