web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022: KPM Terima Peruntukan Terbesar

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 5:39PM

Peruntukan penyelenggaraan sekolah di bawah KPM akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seperti beberapa tahun sebelumnya, Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan terbesar pada Bajet 2022, iaitu sejumlah RM52.6 bilion atau 16 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Persekutuan itu.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abd Aziz berkata, peruntukan itu membabitkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150, berbanding RM100 sebelum ini dengan dana keseluruhan RM450 juta yang memanfaatkan 3 juta murid.

Katanya, sejumlah RM1 bilion disediakan pada tahun depan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah dan ia mencakupi RM140 juta yang diperuntukkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi menyelenggara sekolah tahfiz, sekolah agama rakyat dan institusi pondok berdaftar.

“Peruntukan penyelenggaraan kepada lebih 10 ribu sekolah di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) akan diagihkan mengikut jenis sekolah berdasarkan kadar yang seragam.

“Bagi tahun 2022, sebanyak RM120 juta disediakan untuk manfaat 1,800 Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK) (C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJK) (T),” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat.

Bajet bertemakan keluarga Malaysia Makmur Sejahtera itu membabitkan dana keseluruhan sebanyak 332.1 bilion yang menyaksikan nilai peruntukkan tertinggi berbanding bajet sebelumnya.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan turut menyalurkan sejumlah RM746 menerusi peruntukkan itu untuk kerja menaik taraf sekolah daif,  termasuk 112 projek di Sabah dan 165 projek di Sarawak.

“Bagi memperkasa agenda pendidikan khas, kerajaan menyediakan RM50 juta, antaranya untuk membiayai pembelian peralatan mengajar dan menambah baik fasiliti sekolah berkeperluan khas.

“Sebanyak lapan buah blok baharu pendidikan khas turut dibina, antaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Lailatul Shahreen di Perlis dan SMK Agama (SMKA) Alor Gajah di Melaka,” katanya. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Rogol Pelajar Tingkatan 3: ‘4 Pelajar Senior Itu Sudah Dibuang’ - KP

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Program Matrikulasi: Kuota Bumiputera Tidak Berubah - PM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

4

Politik 2 tahun yang lalu

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori