Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


MAHB Catat Kerugian Bersih RM1.11 Bilion Pada Tahun Kewangan 2020

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2021 4:40PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatat kerugian bersih sebanyak RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis, 2020 (TK20) berbanding keuntungan bersih RM537.04 juta pada tahun sebelumnya.

Perolehan hasil turut berkurangan kepada RM1.87 bilion pada TK20 berbanding RM5.21 bilion sebelum ini susulan impak global pandemik COVID-19 selain pelaksanaan sekatan pergerakan yang berlanjutan di Malaysia serta luar negara.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, pengendali lapangan terbang itu berkata hasil operasi lapangan terbang merosot sebanyak 83.2 peratus tahun ke tahun kepada RM215.2 juta bagi tempoh suku keempat 2020 manakala sumbangan hasil segmen aeronautikal juga susut sebanyak 85.2 peratus tahun ke tahun kepada RM109.7 juta.

Selain itu, hasil yang diraih oleh segmen bukan aeronautikal berkurangan sebanyak 80.6 peratus tahun ke tahun kepada RM105.5 juta, terutamanya disebabkan oleh rebat sewaan yang dijadikan sebahagian daripada program bantuan untuk penyewa dan syarikat penerbangan.

Perolehan hasil operasi bukan lapangan terbang pula berkurangan sebanyak 20.8 peratus atau RM12.7 juta berikutan penyusutan hasil daripada perniagaan perhotelannya.

MAHB yang turut mengendalikan sebuah lapangan terbang antarabangsa di Turki, berkata aliran trafik penumpang bagi operasi di Malaysia mencatat kemerosotan sebanyak sebanyak 92.3 peratus tahun ke tahun kepada sejumlah 2.1 juta penumpang manakala trafik penumpang bagi operasi di Turki susut 47.2 peratus kepada 4.7 juta penumpang.

Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh berkata syarikat itu telah mengekalkan kecemerlangan operasi sepanjang tahun lepas walaupun melaksanakan langkah-langkah pengawal kos secara ketara.

"Sepanjang tahun tersebut, kumpulan ini secara agresif telah bertindak mengurangkan perbelanjaan dan mencapai pengurangan jumlah kos sebanyak 36.3 peratus yang diterjemah dalam bentuk simpanan bernilai RM1.15 bilion, sekali gus melepasi sasaran 20.0 peratus," katanya.

Mohd Shukrie juga menyifatkan usaha pengedaran vaksin COVID-19 di serata dunia sejak Disember 2020 turut memberi harapan bagi pemulihan industri perjalanan udara.

Malaysia dan Turki misalnya telah memulakan fasa pertama program vaksinasi masing-masing pada bulan ini dan Januari lepas.

"Usaha positif lain yang turut dilaksanakan adalah Gelembung Perjalanan Laluan Hijau Timbal Balik/ Aturan Koridor Perjalanan (RGL/TCA) antara Malaysia dan Indonesia serta program Sijil Pelancongan Selamat yang diperkenalkan oleh kerajaan Turki.

"Sejajar dengan tumpuan kumpulan memastikan kecemerlangan operasi dan keselamatan berterusan, usaha sedemikian akan memberi impak positif kepada industri pelancongan dan menyumbang kepada pemulihan secara beransur-ansur," katanya. - Bernama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

NCER Disasar Catat RM367.8 Bilion Pelaburan Direalisasi Menjelang 2030 - PM