web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perodua Jual 6,988 Kenderaan Pada Ogos 2021

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 11:34AM

Perodua menjangkakan angka pengeluaran dan pendaftaran kenderaannya akan melonjak pada September apabila keadaan kembali seperti biasa. - Gambar dari perodua.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perodua berjaya mencatatkan jualan sebanyak 6,988 unit kenderaan pada Ogos 2021 berbanding hanya 655 unit pada bulan sebelumnya berikutan peningkatan pengeluaran dan pembukaan pusat jualan secara beransur-ansur sejak 16 Ogos lepas.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata angka pengeluaran dan pendaftaran kenderaan itu juga dijangka melonjak pada bulan ini apabila keadaan kembali seperti biasa.

Dalam kenyataan pada Jumaat, beliau berkata semua operasi Perodua telah dihentikan sementara susulan penutupan kemudahannya di seluruh negara yang dilaksanakan pada 1 Jun, 2021 bagi mengawal penyebaran COVID-19.

Setakat tahun ini, Perodua telah mendaftarkan sebanyak 104,933 unit kenderaan -- penurunan sebanyak 12.5 peratus ​​berbanding 119,977 kenderaan yang dijual antara Januari hingga Ogos, 2020.

 Zainal Abidin berkata pengeluar kereta itu juga sedang berusaha untuk mengecilkan jurang tersebut dengan mempertingkat pengeluaran kenderaan dan menambahbaik prosedur operasi demi memastikan keselamatan kakitangan dan pelanggan.

“Berdasarkan faktor waktu dan sumber sedia ada, kami menurunkan sasaran jualan sebanyak 10.8 peratus kepada 214,000 unit kenderaan bagi tahun ini berbanding sasaran awal 240,000 unit yang diumumkan sebelum ini.

“Keutamaan kami pada masa ini adalah untuk memastikan industri automotif dapat terus beroperasi dan bertahan pada tahun ini. Antara ancaman sektor pengeluaran domestik dan antarabangsa adalah peningkatan kes COVID-19 serta kekurangan bekalan semikonduktor,” katanya.

Menyentuh kekurangan cip semikonduktor, Zainal Abidin berkata Perodua masih mendapat bekalan mencukupi bagi memastikan usaha pengeluaran terus lancar pada 2021 selain mengatasi sebahagian besar tempahan yang tertunggak pada tahun ini.

“Buat masa ini, bekalan cip semikonduktor masih menjadi isu global dan kami bekerjasama dengan rakan kongsi serta pembekal untuk mengehadkan sebarang gangguan yang mungkin berlaku,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori