web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Project Closer' Karya Seni Luar Biasa Wim Tellier di Stadium Red Devils, Belgium

Seniman pertama di dunia yang mempamerkan pemasangan seni berkeluasan 30,000 meter persegi di Artik, Wim Tellier kembali melakukan pemasangan seni gambar gergasi di stadium bola sepak Belgium.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2021 2:30PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pandemik Covid-19 yang sedang berlaku secara global menyedarkan diri kita semua bahawa manusia tetap lemah walaupun telah  berusaha untuk mengatasi dan melindungi diri mereka daripada segala ancaman dan bahaya.

Inilah yang cuba ditekankan seniman dan jurugambar kelahiran Belgium di dalam projek 'Closer' yang cuba dicetuskannya di Stadium King Baudoin yang terletak di Utara Barat, Brussels. 

Sama seperti mana projak-projek yang terdahulu, Closer turut mempamerkan kreativiti Wim Tellier dalam melakukan pemasangan seni gambar-gambar yang bersaiz gergasi.

Bezanya kali ini, Closer menampilkan seorang ahli bomba yang seolah-olah kelihatan halimunan tetapi memiliki postur yang cukup berkeyakinan. 

Pada peringkat seterusnya, seniman ini akan membuat lubang pada kanvas dan menanam pokok bunga matahari kecil di dalamnya. Keseluruhan proses pertumbuhan bunga matahari ini akan dirakam secara selang masa untuk memperlihatkan bagaimana  bunga matahari kecil ini berkembang sepenuhnya dan menakluki simbol seorang manusia yang merasa dirinya tidak pernah kalah. 

Ia adalah suatu perlambangan manusia sendiri mampu tewas dengan virus COVID-19 apabila ia mula merebak dan menyerang keseluruhan organ manusia. 

Sewaktu pasukan kebangsaan Belgium, Red Devils bertanding dalam kejuaraan Eropah, Wim Tellier telah mempamerkan kerja seni  beliau yang besar itu  Stadium King Baudouin.

Wim Tellier menganggap bahawa stadium tersebut merupakan sebuah lokasi yang ideal dan tepat pada saat Kejuaraan Bola Sepak Eropah 2021 berlangsung. 

“Stadium adalah sebuah tempat yang menyatukan serta mengumpulkan kita semua bersama dan setelah setahun lebih acara padang digantung, jadi ia sesuatu yang bagus apabila projek Closer ini dilakukan di sini,” katanya dalam sebuah video yang dirakamnya kepada pihak wartawan.

Wim Tellier juga tidak keberatan jika ada bandar-bandar yang berminat untuk menganjurkan acara pemasangan seni Closer. Beliau boleh dihubungi menerusi email [email protected]

Tentang Wim Tellier, jurugambar dan seniman 

Wim Tellier merupakan seniman pertama di dunia yang mempamerkan pemasangan seni berkeluasan 30,000 meter persegi di Artik. Beliau telah mengembara ke lebih 75 buah negara bersama-sama projek seninya.

Hasil kerjasama uniknya dengan Canon Belgium, Wim Tellier berupaya mencetak gambar 500 gig yang besar bersama-sama keluarganya.

Setelah dicetak, Wim Tellier perlu mencari syarikat yang mahu bersama-sama menjahit gambar besar tersebut.

Sebuah perniagaan keluarga yang kecil iaitu Zeilmakerij Borremans menyahut cabaran luar biasa ini untuk menjahit gambar seberat 3,000 kg. 

Sumber Gambar & Video:  Wim Tellier

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Pestabola Merdeka: Operasi LRT Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 12.30 Tengah Malam Sabtu

2

TARA 3 tahun yang lalu

Pameran ArtScience Prize Jadi Platform Tingkat Pemahaman Gabungan Seni Dan Sains

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Lulus Peruntukan Tambahan RM5 Juta, Perkasa Karya Sasterawan Negara

4

TARA 3 tahun yang lalu

Keindahan Seni Arabesque, Pengaruh Seni Hiasan Dunia Islam Yang Masih Kekal Dan Popular

Sorotan

1

Sultan Terengganu Dalam Keadaan Sihat, Teruskan Rawatan Susulan Di Luar Negara 

2

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

3

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

4

PM Pertahan Subsidi RON 95, Kerajaan Tanggung Kenaikan Kos Bahan Api Global 

5

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

6

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

Disyorkan untuk anda

Muzik 3 jam yang lalu

Tipe-X, Last Child Dan Ruffedge Bakal Gegar Latihan Pestapora Malaysia 2026

oleh Rahayu MN