web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kenali Kebaya Dalam Pameran Rahsia Kebaya

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2023 12:22PM

Antara kebaya yang dipamerkan dalam Pameran Rahsia Kebaya, di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang kebaya gergasi berwarna kuning setinggi 8.3 meter (m) dan mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Kebaya Perlis Terbesar pada 10 November 2013, adalah antara tarikan dalam Pameran Rahsia Kebaya, di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara, di sini.

Kebaya tradisional itu yang menggunakan kain sepanjang 341m disiapkan dalam tempoh 15 hari, adalah hasil kreativiti dan kegigihan pensyarah serta pelajar Kolej Komuniti Arau, Perlis dan pernah dipamerkan sempena program Kebaya Fest Road To Milan.

Kebaya gergasi berwarna kuning setinggi 8.3 meter yang mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Kebaya Perlis Terbesar. gambar BERNAMA
Kebaya gergasi berwarna kuning setinggi 8.3 meter yang mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records sebagai Kebaya Perlis Terbesar. gambar BERNAMA

Pameran Rahsia Kebaya menampilkan 60 koleksi kebaya adalah anjuran Kementerian Perpaduan Negara dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia yang berlangsung sehingga 31 Disember ini.

Turut dipamerkan, sepasang baju kebaya Kota Bharu diperbuat daripada kain renda atau lace, dipadankan dengan kain sarung ikatan jarik wiron dan dipakai bersama korset, menjadi kostum pilihan bagi filem Dendam Pontianak dan Showtime 1958 yang masing-masing digayakan artis terkenal Nur Fazura dan Fatin Afeefa pada 2019 dan 2020.

Turut menjadi perhatian, sepasang baju kebaya pendek berpotongan moden yang menjadi pakaian rasmi Pramugari Malaysia Airlines, hasil rekaan Jabatan Seni Reka Fesyen, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 1986 dan kekal digayakan sehingga hari ini.

Kebaya Kota Bharu diperbuat daripada kain renda atau lace, dipadankan dengan kain sarung ikatan jarik wiron dan dipakai bersama korset. gambar BERNAMA
Kebaya Kota Bharu diperbuat daripada kain renda atau lace, dipadankan dengan kain sarung ikatan jarik wiron dan dipakai bersama korset. gambar BERNAMA

Tidak ketinggalan, koleksi baju kebaya pernah digunakan kerabat Diraja antaranya baju kebaya labuh berusia 90 tahun milik Che Manjalara yang dipinjam dari Lembaga Muzium Negeri Kedah dan sepersalinan baju kebaya labuh milik Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin diperbuat daripada kain Tenun Pahang Diraja dikurniakan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pengarah Muzium Tekstil Negara, Tengku Intan Rahimah Tengku Mat Saman berkata, Pameran Rahsia Kebaya bertujuan mendukung peranan dan usaha kerajaan dalam mengangkat dan memartabatkan busana itu ke peringkat Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di bawah kategori Senarai Nilai Budaya Warisan Kemanusiaan.

"Kebaya adalah pakaian mewakili warisan budaya dan identiti penting bagi kaum wanita Melayu, Peranakan (Cina, Baba Nyonya, Chetti, Siam) dan lain-lain masyarakat di Malaysia serta negara-negara lain di Asia Tenggara.

"Secara tidak langsung, pameran ini dapat dijadikan platform untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda mengenai keunikan dan keindahan baju kebaya yang dipakai oleh masyarakat berbilang kaum," katanya kepada BERNAMA, baru-baru ini.

Menurutnya, pameran itu memaparkan keunikan, keanggunan dan kepelbagaian busana kebaya yang menjadi identiti nasional rakyat Malaysia menerusi lima segmen utama iaitu Kebaya Warisan Dulu, Kini dan Selamanya, Potongan Gaya Kebaya, Kelengkapan Berkebaya, Kelestarian Kebaya dan Kebaya Mata Dunia.

Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan melawat Pameran Kebaya Diraja selepas merasmikan Pameran Rahsia Kebaya di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini. gambar BERNAMA
Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin (kiri) berkenan melawat Pameran Kebaya Diraja selepas merasmikan Pameran Rahsia Kebaya di Galeri Saindera, Muzium Tekstil Negara, baru-baru ini. gambar BERNAMA

"Sejak sekian lama, baju kebaya sangat popular dalam kalangan bangsawan dan rakyat jelata serta menjadi pakaian pilihan apabila menghadiri acara formal dan tidak formal.

"Keunikan dan identiti busana ini dapat dilihat melalui potongan dan reka bentuknya. Potongan asasnya adalah berbelah dan berpesak di hadapan, berlengan panjang dan disemat dengan kerongsang," katanya yang menyasarkan 10,000 kehadiran pengunjung.

Intan Rahimah berkata, perkembangan pemakaian baju kebaya membawa kepada kemunculan variasi kebaya dikategorikan sebagai kebaya tradisional, kebaya moden dan kebaya fesyen yang kekal hingga hari ini.

"Kebaya tradisional atau kebaya labuh mempunyai potongan longgar dan lurus, berpesak di hadapan, berkekek, berlengan panjang dan lebar, manakala kebaya moden mempunyai potongan lebih ringkas dan pendek hingga paras pinggul, tidak berpesak dan tidak berkekek, namun masih berlengan panjang," katanya.

Selain itu, pameran itu turut memperlihatkan aksesori dan perhiasan diri yang menjadi tarikan serta penyeri kepada si pemakai seperti gelang tangan, rantai leher, cucuk sanggul, subang, cincin, kerongsang, pending dan tali pinggang.

Pekerja swasta, Intan Liyana Samsuddin, 30, berkata pameran itu menjadi nilai tambah kepadanya bagi mengenali kepelbagaian baju kebaya di negara ini.

"Melalui pameran ini, barulah saya tahu kebaya ada pelbagai jenis dan potongan dengan nama yang berlainan," katanya. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN