web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lebih 1,000 Sertai Batik Fun Walk 2023

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Oct 2023 2:39PM

Peserta memakai kain batik ketika menyertai program 'Batik Fun Walk 2023’ anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,100 peminat batik menyertai Batik Fun Walk 2023, iaitu acara berjalan kaki dengan berpakaian batik yang bertujuan mempromosikan seni warisan negara itu di samping melakukan aktiviti sihat. 

Program yang memasuki edisi ke-18 tahun ini, menyaksikan peserta berjalan sejauh 2.3 kilometer (km) bermula di Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) melalui Jalan P Ramlee dan Persiaran Petronas, dengan Menara Berkembar Petronas menjadi tarikan utama laluan berkenaan sebelum menamatkan perjalanan di MaTiC. 

Acara itu juga untuk menggalakkan orang ramai menjadikan batik sebagai pakaian harian selaras dengan seruan kerajaan supaya penjawat awam memakai batik di tempat kerja setiap Khamis.

Majlis pelepasan program 'Batik Fun Walk 2023’ di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang hari ini. gambar BERNAMA
Majlis pelepasan program 'Batik Fun Walk 2023’ di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang hari ini. gambar BERNAMA

Selain acara berjalan kaki, peserta juga boleh menyertai kuiz, cabutan bertuah, permainan tradisional dan persembahan artis tempatan seperti Lan Solo dan Sissy Iman, selain menawarkan hadiah dalam pelbagai kategori termasuk penyertaan berkumpulan terbesar, individu, keluarga berpakaian batik paling kreatif, peserta tertua dan termuda.

Batik Fun Walk 2023 dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG) bersama rakan strategik iaitu Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), MaTiC dan MCM CoMetro 5 Pillars Venture.

Acara itu juga dijalankan dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan disokong oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Sementara itu, seorang peserta Jenny Lee, 68, berkata dia sudah menyertai acara itu sejak diperkenalkan pada 2003 kerana kecintaannya terhadap batik, selain menjalankan aktiviti sihat melalui berjalan kaki.

Peserta memanaskan badan sebelum program 'Batik Fun Walk 2023’ . gambar BERNAMA
Peserta memanaskan badan sebelum program 'Batik Fun Walk 2023’ . gambar BERNAMA

Jenny mengenakan kostum batik iaitu dress pendek, seluar panjang, apron, topi dan juga pelitup muka yang dijahit sendiri dengan jahitan tangan mengambil masa dua bulan untuk siap sebelum program berjalan kaki itu.

“Saya Cina dan saya sangat suka pakai batik. Kain batik sejuk, jadi kalau (cuaca) panas atau apapun memang sesuai," katanya. 

Penerbit Radio Televisyen Malaysia (RTM) Azaril Ameer Yahaya, 42, berkata kepentingan program itu adalah untuk mempromosikan batik, terutama dalam kalangan generasi muda, selain memelihara seni warisan negara.

Pada penyertaan kali keduanya tahun ini, Azaril Ameer mengenakan sepasang baju Melayu daripada kain Batik Sarawak yang menonjolkan motif unik dan berharap acara itu dapat menarik perhatian di platform dalam dan luar negara. - BERNAMA

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN