web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Galeri Putra UPM Guna Bahan Kitar Semula Kongsi Sejarah Kemerdekaan

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2023 2:11PM

Pameran sempena Hari Kebangsaan di Galeri Putra di UPM yang menggunakan barangan terbuang dikitar semula. - gambar Facebook PSPK UPM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG - Galeri Putra di Universiti Putra Malaysia (UPM) memanfaatkan barang kitar semula bagi menghasilkan bahan pameran berkaitan sejarah kemerdekaan negara sempena sambutan Hari Kebangsaan 2023 ini.

Ketua Penolong Pendaftar Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK) UPM Rita Bajat berkata terdapat lapan kapsul serta tujuh sudut kemerdekaan dipamerkan di galeri berkenaan bagi Pameran Kemerdekaan yang diadakan selama sebulan bermula 16 Ogos lepas.

Beliau berkata setiap kapsul mempamerkan satu model dengan tema Lagu Negaraku, Jalur Gemilang, Tugu Negara, 31 Ogos, Rukun Negara, negeri-negeri di Malaysia, perdana menteri, dan logo kemerdekaan.

Kapsul Lagu Negaraku yang dihasilkan menggunakan barangan terbuang. - gambar Facebook PSPK UPM
Kapsul Lagu Negaraku yang dihasilkan menggunakan barangan terbuang. - gambar Facebook PSPK UPM

Katanya tujuh sudut kemerdekaan pula merupakan ruang pameran dengan tema Jalur Gemilang, hasil kreatif, mewarna, kolam beras dan kayu mural, kronologi merdeka, fotografi, serta pengisytiharan kemerdekaan.

“Pameran ini bukan sahaja membawa pengunjung menelusuri sejarah kemerdekaan negara menerusi grafik bermaklumat, tetapi juga mendidik masyarakat untuk sayangi bumi dengan memanfaatkan penggunaan barang kitar semula,” katanya kepada Bernama.

Menurut Rita contoh model yang menggunakan bahan kitar semula ialah sudut “pengisytiharan kemerdekaan”, dengan patung tersebut diperbuat daripada kulit telur, botol, pelitup muka dan surat khabar.

Kapsul pengisytiharan kemerdekaan yang menggunakan kelongsong telur. - gambar Facebook PSPK UPM
Kapsul pengisytiharan kemerdekaan yang menggunakan kelongsong telur. - gambar Facebook PSPK UPM

Katanya begitu juga bendera Jalur Gemilang di satu daripada sudut pameran yang dihasilkan menggunakan reben terpakai, straw dan bekas telur.

Rita berkata kesemua model dan sudut pameran dalam galeri itu hasil usaha dan kreativiti 58 kakitangan PSPK yang berjaya menyiapkannya dalam tempoh enam hari sahaja.

"Penganjuran pameran ini tidak melibatkan sebarang kos kerana kesemua bahan pameran adalah sumbangan kakitangan kami yang mereka kumpul dan bawa dari rumah, ada juga barang yang digunakan semasa penganjuran sesuatu majlis di UPM dan dikitar semula untuk pameran ini," katanya.

Beliau berkata 3,000 orang disasar mengunjungi pameran di Galeri Putra itu yang terletak di Bangunan Canselori Putra dan dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari 9 pagi hingga 5 petang.

Menurutnya selain pameran tersebut, pelbagai aktiviti pengisian kemerdekaan turut dianjurkan UPM antaranya penghayatan Rukun Negara, bual bicara bersama pensyarah berkenaan sejarah negara, dan sambutan ambang merdeka pada malam 30 Ogos. - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu