Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Teater Malaysia: Retak Menunggu Belah?

Bahagian pertama tentang teater ini membahaskan kepincangan infrastruktur teater di Malaysia. Teruskan membaca untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Budaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Feb 2021 12:40PM

Pementasan Teater Kompilasi Nam Ron pada 2 November 2014. Gambar: DigitalDome (www.digitaldome.com.my)

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Persembahan tradisional dan bangsawan nampak seperti persembahan yang syok sendiri dan kumpulan-kumpulan yang kecil sahaja yang bergiat aktif dalam pementasan sedemikian. Ia pernah menjadi satu medium hiburan utama sebelum wujudnya wayang dan kemudiannya peti televisyen. Persembahan teater berbahasa Melayu ditonjolkan sebagai satu simbol budaya yang perlu dipulihara sahaja.

Secara keseluruhan, dalam tahun 2020 seramai 600 ribu pekerja yang terlibat dalam bidang persembahan pentas, pengurusan hiburan dan pameran telah hilang pekerjaan dan terpaksa mengambil pekerjaan lain sebagai alternatif bagi kelangsungan hidup. Ia dianggarkan melibatkan sekitar RM2 billion termasuk kerugian dalam penyelenggaraan barangan kelengkapan beserta kerugian yang dialami oleh penggiat teater. Beberapa panggung pentas swasta telah tutup operasi akibat gagal mendapat tempahan penggunaan panggung. Salah satu contoh ialah PJ Live Arts yang terpaksa mengumumkan penutupannya setelah sekian lama menjadi platform penggiat teater membuat persembahan di situ. 

Antara faktor yang menyumbang kepada keadaan yang lebih parah dalam teater Melayu adalah prasarana dan kekurangan usaha untuk menjadikan seni persembahan sebagai sebuah industri. Faktor lain yang lebih menyumbang pada kemalapan teater Melayu adalah isu permit yang tidak menentu daripada pihak berkuasa berikutan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tentang isu pandemik COVID-19 dan larangan persembahan pentas.

Infrastruktur

Pada era 80-an kita boleh lihat perkembangan teater Melayu yang pesat. Kita dahulu mempunyai Panggung Drama di Bangunan DBKL yang membenarkan kumpulan-kumpulan teater berkumpul, membuat latihan dan bersaing antara satu sama lain dengan meriahnya. DBKL pada waktu itu amat berbesar hati untuk membenarkan kumpulan-kumpulan teater menjalankan latihan mereka di sana. Antara kumpulan teater yang bergiat aktif pada ketika itu adalah Kelab Drama KL yang dipelopori oleh Norma Nordin, Grup Artis Kreatif yang dipelopori oleh Meor Hashim Manap, Hidayah (Prof Dr) Rahmah Bujang, Penuju Alam (APA), Grup Teater Artis Kreatif (GERAK) dan Badan Budaya DBP yang membuka jalan kepada peminat-peminat teater dan banyak lagi. Mereka bergilir-gilir menyumbang karya mereka melalui persembahan teater. Pelbagai genre teater Melayu dipentaskan, dari persembahan tradisional, bangsawan hinggalah kepada yang berkonsepkan kontemporari dan realisme. Namun, oleh kerana premis tersebut adalah milik mutlak DBKL jadi sudah tentu jika ada aktiviti-aktiviti dalaman, maka penggiat-penggiat teater terpaksa menangguhkan jadual penggunaan panggung sehinggalah ia dibenarkan untuk digunakan kembali.

Pementasan Teater Kompilasi Nam Ron pada 2 November 2014. Gambar: DigitalDome (www.digitaldome.com.my)
Pementasan Teater Kompilasi Nam Ron pada 2 November 2014. Gambar: DigitalDome (www.digitaldome.com.my)

Pada waktu itu juga penggiat-penggiat teater dapat menggunakan Kompleks Budaya Negara menjadi pusat bagi mereka ini berkarya. Namun premis tersebut telah ditukar menjadi Akademi Seni Warisan (ASWARA). Kini tempat itu hanya dikhususkan kepada pelajar-pelajar seni persembahan ASWARA dan tidak lagi terbuka kepada kumpulan-kumpulan teater bebas dari luar.

Pihak pengurusan Central Market (Pasar Seni) juga pada sekitar tahun 1987 menyediakan ruang di bahagian bumbung bangunan sebagai tempat latihan bagi persembahan mereka di pentas terbuka Central Market. Ia sedikit sebanyak memberikan para penggiat teater tempat untuk berkumpul dan berlatih. 

Tidak dapat dinafikan bahawa teater Melayu mempunyai pengikut dan penonton yang tersendiri tetapi golongan ini hanyalah minoriti berbanding dengan jumlah populasi. Bahkan kos  menjalankan proses sesebuah naskah itu melangkaui pendapatan minima untuk hidup. 

Pementasan Teater Kompilasi Nam Ron pada 2 November 2014. Gambar: DigitalDome (www.digitaldome.com.my)
Pementasan Teater Kompilasi Nam Ron pada 2 November 2014. Gambar: DigitalDome (www.digitaldome.com.my)

Teater berbahasa Melayu berkembang mengikut peredaran zaman. Daripada persembahan tradisional seperti Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Jijey dan Kuda Kepang yang pada awalnya menjadi sumber interaksi pemujaan dengan makhluk ghaib dan kemudiannya menjadi suatu sumber persembahan yang menghiburkan. Karya tradisional sedemikian tidak mempunyai perkembangan dari segi naskhah menyebabkan ia menjadi membosankan. Persembahan seperti itu tidak dapat dibuat secara kerap. Justeru, pemain-pemain teater tradisional juga tidak menjadikannya sebagai kerjaya mereka. Pada waktu itu terdapat kumpulan teater Bintang Timur yang dipelopori oleh allahyarham Rahman B. 

Sekarang, penggiat teater Melayu tidak lagi mempunyai pusat bagi mereka untuk berkarya, menjalankan latihan. Selain itu, panggung-panggung yang sebelum ini menjadi tempat bagi mereka menjalankan pementasan tidak sesuai dan ada di antaranya ditutup akibat desakan daripada industri lain.

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) mempunyai panggung teater sendiri dengan kapasiti seramai lebih 200 orang penonton dan Stor Teater yang mampu menampung lebih kurang 50 orang penonton. Tempat tersebut sebelum ini (dan masih) menjadi tempat terakhir bagi penggiat teater. Namun tempat tersebut tidak dipopularkan dengan baik kepada penonton sebagai pusat teater berbahasa Melayu.

Panggung Bandaraya. Gambar: DBKL.gov.my
Panggung Bandaraya. Gambar: DBKL.gov.my

Panggung yang disediakan oleh pihak Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara (JKKN) didakwa tidak sesuai menjadi sebuah lokasi bagi pementasan teater. Panggung Bandaraya yang dahulunya membenarkan para penggiat teater membuat persembahan di sana telah dikhususkan kepada persembahan Mud KL. Selepas kontrak bagi Mud KL tamat, tempat tersebut tidak lagi mengadakan persembahan pentas.

Bagi panggung JKKN Wilayah Persekutuan, panggungnya tidak mempunyai prasarana kalis suara dan hanya mempunyai satu pintu bagi penonton. Pentas terbuka JKKN di tempat yang sama pula tidak sesuai kerana terpaksa berlaga suara dengan bunyi keretapi yang lalu-lalang di ruang udara dan berhampiran dengan laluan sesak ibu kota.

Kementerian Pelancongan yang juga bertanggungjawab dalam bidang kebudayaan mempunyai panggung bagi para pelancong. Namun, jika ada apa-apa aktiviti rasmi pihak kementerian di panggung,  pementasan yang telah dirancang lebih awal di panggung itu akan diarahkan untuk dibatalkan atau ditangguhkan. Ini memberi risiko yang amat besar kepada para penggiat teater tanahair.

Black Box di SACC Mall Shah Alam pula mempunyai sebuah ruang yang disewakan kepada persembahan teater berskala kecil dan berkalis bunyi. Tetapi ia mempunyai dua tiang seri di tengah-tengah panggung membuatkan para penggiat teater bergaru kepala.

Shah Alam juga mempunyai Royal Selangor Theatre dan selepas siap pembinaannya, ia menjadi sebuah simbol gajah putih yang tersergam. Antara faktornya adalah fasiliti yang ada tidak memenuhi kehendak sebuah pementasan teater. Ia kini menjadi tempat rakaman siaran Maharaja Lawak Mega.

Tempat duduk penonton di Blackbox, DPAC. Gambar: Maggie Ong, DPAC.com.my
Tempat duduk penonton di Blackbox, DPAC. Gambar: Maggie Ong, DPAC.com.my

Bagi premis lain yang sedia ada seperti DPAC di Damansara Perdana, KLPAC di Kuala Lumpur, dan banyak tempat-tempat lain yang membenarkan pementasan teater dijalankan, kadar sewa panggung amat tinggi sehingga tidak dapat ditampung kumpulan-kumpulan teater. Penonton teater Melayu selalunya tidak mahu membelanjakan lebih daripada RM100 untuk tiket setiap orang dan sukar bagi sesebuah produksi itu untuk menarik 200 orang penonton dalam satu pementasan.

Selain itu, kumpulan produksi Melayu juga tidak membiasakan diri mereka untuk mengadakan persembahan di panggung-panggung ini kerana takut kepada ketidaktentuan terutama penonton Melayu yang tidak dibiasakan ke panggung-panggung tersebut yang lebih cenderung kepada pementasan teater berbahasa Inggeris.

Di Bahagian II, rencana ini akan terus mengulas tentang faktor-faktor lain yang menjurus kepada perkuburan teater Melayu di negara ini. - Getaran, 4 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Anwar Terima Kunjungan Menteri Luar India

2

Sukan 1 hari yang lalu

Beraksi Di Laman Sendiri Gagal Bantu Harimau Malaya Saingi Kehebatan Oman

3

Semasa 4 hari yang lalu

Malaysia Hantar 100 Kontena Bantuan Ke Gaza

4

Sukan 6 hari yang lalu

Oman Beri Harimau Malaya Kekalahan Pertama

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'