web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Perang Musuh Bisik' Adaptasi  Sejarah Kota Kuala Kedah

Perang Musuh Bisik menceritakan serangan yang dilakukan oleh Empayar Kerajaan Siam terhadap Kesultanan Kedah yang berpangkalan di Kota Kuala Kedah.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2022 2:30PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah pementasan digital, 'Perang Musuh Bisik' membawakan sebuah kisah sejarah yang pernah terjadi di Kota Kuala Kedah lebih daripada 200 tahun yang lalu.

Bagi menghasilkan naskhah ini, Dr. Anwardi Jamil selaku penulis skrip telah melalukan kajian bersama pihak Lembaga Muzium Negeri Kedah. 

'Perang Musuh Bisik' menceritakan serangan yang dilakukan oleh Empayar Kerajaan Siam terhadap Kesultanan Kedah yang berpangkalan di Kota Kuala Kedah yang berlaku pada 12 November 1821. 

Rakaman pementasan ini telah ditayangkan secara rasmi pada 26 Mac lalu di saluran YouTube R2A Network Sdn. Bhd.

Teater itu dimulakan dengan beratus-ratus anak kapal tentera Siam tiba di Kuala Sungai Kedah. Perkara ini telah menimbulkan panik dan persoalan kepada Dato’ Bendahara, Dato’ Laksamana dan Dato’ Temenggong. 

Ketika anak kapal Siam ini berlabuh, mereka menerangkan bahawa kedatangan mereka ke Kuala Kedah bertujuan mengumpulkan bekalan beras sebagai persediaan untuk berperang dengan Burma.

Namun begitu, mereka mendesak Dato’ Bendahara untuk menyediakan bekalan itu segera. 

Tanpa disangka, kehadiran tentera Siam rupanya berniat menyerang kerajaan Kesultanan Kedah.

Daripada serangan itu, terjadilah beberapa kisah serangan diantara kerajaan Kesultanan Kedah dengan Siam yang telah meragut nyawa beribu perajurit pahlawan melayu seperti Tunku Kudin dan Tengku Muhammad Saad.

Rata-rata penonton berpendapat 'Perang Musuh Bisik' yang dipaparkan itu penting untuk dihargai terutama bagi generasi seterusnya.

“Terbaik, satu usaha yang baik mengangkat kisah sejarah kita,” tulis satu komen.

“Suka tengok teater ini. Tak semua tahu cerita ini,” katanya.

“Terbaik,” kata komen yang lain. - Getaran, 7 April 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Anwar Ajak Orang Ramai Hadir, Hayati Pementasan Teater ‘Haji Murat’

2

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Seru Masyarakat Beri Tumpuan Tingkat Mutu Pendidikan 

3

Budaya 3 tahun yang lalu

Teater ‘Cikgu Anda’ Diadaptasi Daripada Kisah Benar, Bertemakan Sambutan Hari Guru 

4

Selebriti 3 tahun yang lalu

'Puteri Sarah: Terus Melangkah' Naskhah Kisah Hidup, Bukan Untuk Buka Aib Orang Lain – Puteri Sarah

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan