web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Macam Mana Nak Tahu Lukisan Itu Bernilai Jutaan Ringgit?

Wan Abdul Rahim Kamal yang juga merupakan seorang penasihat pasaran modal Islam dan pengumpul lukisan mendedahkan bahawa ada lukisan yang boleh dijadikan pelaburan alternatif.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Dec 2021 3:45PM

Wan Abdul Rahim, dua dari kiri bercakap tentang pelaburan seni lukisan di Malaysia

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kalau kita tonton filem antarabangsa, kadangkala ada babak yang menunjukkan budaya golongan elit membida dan mengumpul lukisan.

Persoalannya, bagaimana sesuatu lukisan itu boleh mencecah harga sampai ratusan juta dan menjadi rebutan? Adakah ia akan mendatangkan keuntungan yang lebih kepada pemilik beberapa tahun akan datang?

Wan Abdul Rahim Kamal yang juga merupakan seorang penasihat pasaran modal Islam dan pengumpul lukisan mendedahkan bahawa ada lukisan yang mencecah harga jutaan ringgit dan boleh dijadikan pelaburan alternatif. 

 

 

Pasaran lukisan di Malaysia

Di Malaysia, pasaran seni lukis kita sebenarnya banyak dipengaruhi dengan sentimen artis. Jika artis itu terkenal dan karyanya sudah dipamerkan merata-rata, biasanya karyanya akan menjadi buruan.

Bukan itu sahaja, faktor lain yang mempengaruhi pasaran ialah kesenian sesuatu karya. Hasil seni yang indah, halus dan menonjol selalunya akan mencuri perhatian peminat lukisan.

“Abdullah Jones misalnya, hasil seninya sangat sinikal dan susah untuk didapati.

“Selain itu, Banksy yang menghasilkan banyak karya berkonsep seni jalanan. Mungkin kerana dia seorang aktivis, selalu ada nilai dalam setiap mesej yang disampaikan.

“Pernah ada orang tebuk dinding yang ada lukisannya kerana harga karya itu berbilion ringgit!” kata Wan Abdul Rahim semasa ditemui Getaran di Forum Seni Sebagai Pelaburan Alternatif bertempat KL City Art Gallery baru-baru ini.

 

Siapa tentukan harga?

Harga setiap lukisan yang dihasilkan selalunya ditentukan oleh artis itu sendiri. Namun kadangkala, terdapat juga harga yang dilihat tidak munasabah kalau dilihat dari penilaian pasaran global.

Sesuatu lukisan itu akan menjadi lumayan jika ia dibincangkan oleh panel penilai secara global.

“Di Malaysia, contohnya Latiff Mohidin, lukisannya agak peribadi dan adakalanya orang susah nak faham.

“Berbanding dengan Abdullah Hussain karyanya orang cari tapi susah didapati. Dia menciptakan kepayahan untuk memiliki sebab orang nak beli tak boleh. Karyanya tersimpan dan jarang ada dalam pasaran,” katanya lagi.

 

Seni sebagai pelaburan di Malaysia

Sebenarnya pelaburan dalam lukisan di Malaysia masih baru. Kebanyakan orang membeli lukisan kerana menyukainya. Tapi pelaburan seni pula, kita membeli lukisan bukan kerana keseronokkan, tapi kerana lukisan itu ada nilai komersial pada masa mendatang. 

Abdul Rahim mendedahkan artis Malaysia juga sudah berjaya mencuri tumpuan peminat lukisan global. 

Bagi anda yang berhasrat untuk menjadi seorang pelabur dalam bidang seni lukis, anda memang memerlukan ilmu untuk menilai lukisan yang manakah bakal meledak harganya sehingga berbilion ringgit pada masa mendatang. - Getaran, 2 Disember 2021

Gambar: KL City Art Gallery

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

2

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Google Sahkan Komitmen Pelaburan AS$2 Bilion Ke Malaysia - PM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 20 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN