Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


‘Kembali Ketawa Malaysia’ Hidupkan Semula Industri Jenaka

Komediri merupakan seni jenaka alaf baharu yang diperkenalkan dalam pentas komedi tanah air. ‘KKM’ hadir memeriahkan suasana.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2021 9:00AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah 18 bulan berehat, penganjur LOL Asia berjaya membawakan kembali persembahan ke panggung.

Dalam sebuah program bertajuk ‘Kembali Ketawa Malaysia’ yang diadakan secara langsung hujung minggu lepas, ia dihadiri oleh penonton dari semua peringkat umur dan kedudukan juga dijarakkan mengikut Standard Operasi Prosedur yang ketat. 

Untuk pengetahuan semua, komediri merupakan seni jenaka alaf baharu yang diperkenalkan dalam pentas komedi tanah air.

Jenis dan topik jenaka yang dipersembahkan pada hari itu mencerminkan pengalaman rakyat Malaysia dalam era pandemik dan cerita peribadi para pelawak. 

Jenaka yang disampaikan sangat mudah difahami dan mesej jenaka juga tidak rumit. Ini membolehkan para penonton sentiasa terhibur sepanjang persembahan.

Namun begitu, persembahan ini lebih sesuai kepada mereka yang mempunyai minda yang terbuka. 

Menurut Rizal Kamal, Pengurus Eksekutif LOL Asia, “Produksi pentas tidak mengadakan apa-apa persembahan komedi sejak bermulanya pandemik. Maka, inilah peluang kami untuk memulakan semula perniagaan.

“Pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh anak seni terutamanya dalam industri seni pentas. Sudah lebih 17 bulan industri ini ditutup.

Kalau pun ia dibuka, industri hanya beroperasi dalam masa yang singkat dan kemudian ditutup semula.

“Jadi saya bangga kerana dapat menghidupkan persembahan ini bersama penggiat seni pentas, pekerja lokasi dan kru teknikal yang berbakat. 

“Saya turut bangga dengan barisan pelawak kerana mampu mencetuskan jenaka yang menghiburkan dan membuat para penonton gelak ketawa tanpa henti.

“Malah saya amat terharu kerana mereka memberi kepercayaan kepada saya untuk menghasilkan produksi yang membanggakan ini,” katanya.

Menurutnya lagi, mereka sangat beruntung kerana dapat mengadakan persembahan ini di sebuah teater baharu yang dibina khas untuk menyokong kreativiti dan kebudayaan Malaysia. 

Teater ini hanya boleh memuatkan 337 penonton daripada kapasiti penuh 686 sesuai dengan SOP. Semua yang terlibat di dalam produksi termasuklah artis-artis menjalani ujian COVID-19 sebelum beraktiviti.

Tambahan pula, mereka yang terlibat di belakang tabir juga telah divaksinasikan sepenuhnya. 

Bertempat di Petaling Jaya Arts Centre (PJPAC), komediri ini dibawakan oleh barisan pelawak tanah air seperti Nizam Jentik Jentik (Muzikal Lawak Superstar), Filzah Azmi (Juara Miss Lawak), JD (Gelak:Gempak), Shashic Iewan (Finalis Gelak:Gempak) dan Mad Sabah (Finalis Gelak:Gempak).

Setiap pelawak diberi masa lebih kurang 30 minit untuk mempersembahkan konteks jenaka masing-masing.

“Persembahan ini mendapat sokongan MyCreative Ventures dan ia bertujuan untuk membangunkan semula industri seni dan memberi peluang pekerjaan kepada mereka di industri seni.

“Sokongan MyCreative Ventures juga membolehkan persembahan ini dibuat secara hybrid, di mana ia boleh dinikmati secara fizikal di teater ataupun secara maya,” simpul Rizal di acara itu. 

Apa yang dapat penulis simpulkan adalah komediri harus mempunyai titik fokus komedi dan jalan cerita yang mudah difahami kerana jika tidak, para penonton sukar memahami mesej yang ingin disampaikan. 

Meskipun secara dasarnya komedi jenis ini dilihat sebagai persembahan yang mudah, ia memerlukan banyak latihan untuk mencapai kepuasan para penonton. 

Jika anda suka meminati komediri, jangan lupa untuk menjenguk laman sosial LOL Asia untuk mengetahui tentang acara-acara mereka yang mendatang. - Getaran, 14 Oktober 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf Mohd Yusof

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Lagu Raya Bukan Sekadar Sedap Didengar, Tapi Perlu Ada 'Jiwa'

Selebriti 2 jam yang lalu

Neelofa Akui Khilaf Ketika Beri Nasihat Kepada Pemanggil Radio Era

Neelofa dikatakan tidak sensitif dan tidak layak memberikan nasihat kepada salah seorang pemanggil radio Era

oleh Helmi Anuar