web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Bakal Kembali Bernyawa Dengan 'Art In The City'!

Setelah ia ditunda akibat pandemik, kini 'Art In The City' kembali dengan pelbagai aktiviti yang semestinya membuat anda semakin menghargai nilai aktiviti kesenian negara.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 4:48PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Setelah hampir empat bulan aktiviti kesenian dan kebudayaan dibekukan akibat pandemik. Kini, ia kembali dibuka setelah kerajaan mengumumkan kelonggaran melalui Pelan Pemulihan Negara.

Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya (CENDANA) nampaknya tidak main-main mengambil kesempatan ini apabila mereka terus melancarkan sebuah program kesenian dan kebudayaan terbesar negara yang dipanggil Art In The City

Art In The City adalah aktiviti tahunan yang membawakan aktiviti kebudayaan dan kesenian di sekitar kota raya.

Setelah ia ditunda akibat pandemik, kini Art In The City kembali dengan pelbagai aktiviti yang semestinya membuat anda semakin menghargai nilai aktiviti kesenian negara. 

“Industri kreatif menjadi topik yang disentuh dalam pelan pembangunan lima tahun negara. Ia menyumbang 20 peratus kepada keluaran kasar negara iaitu kira-kira 31 billion dari segi nilai.

“Ini menandakan satu ruang cukup besar dan bermaksud industri kreatif boleh mainkan peranan membangunkan negara dan bangsa. 

“Sudah masanya industri kreatif memerlukan pendekatan out of the box. Maka, kita memerlukan satu ekosistem baru yang memainkan peranan lebih besar termasuklah dalam konteks dunia digital.

“Industri seni haruslah menjadi lebih daripada sekadar hiburan tetapi turut membantu dalam perkembangan ekonomi,” kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Datuk Panglima Annuar Haji Musa ketika ditemui Getaran di majlis pelancaran Art In The City hari ini. 

Bercakap lebih mengenai program Art In The City kali ini, Annuar mengakui teruja dan merasakan Kuala Lumpur mempunyai roh tersendiri. 

“Kuala Lumpur bukan New York. Kuala Lumpur bukan London. Kuala Lumpur adalah Kuala Lumpur. Ia perlu diberikan roh tersendiri iaitu seni dan budaya. Kita perlukan kerjasama yang sepakat untuk pastikan perkembangan seni budaya dapat kita realisasikan,” tambahnya.

Menerusi Art In The City kali ini, CENDANA bakal menampilkan beberapa program terbaik sehingga Disember nanti. Berikut ialah antara senarai projek dan program yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur. 

Forum Ekonomi Kreatif Kuala Lumpur

14 Oktober 2021

Panggung Rakyat

Oktober- Disember 2021

Kelas Seni Awam 

29 Oktober-21 November 2021

Prebiu Studio C

6 November 2021

Festival KLWKND

25-28 November

Simposium Ulang Tahun ke-50 Kongress Kebudayaan Kebangsaan

11-12 Disember

SENDORii

1-28 Dis 

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari www.baskl.com.my atau laman media sosial Cendana Malaysia di Facebook dan Instagram. - 30 September 2021

Semua gambar: Sadiq Asyraf

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 4 tahun yang lalu

Rebat Tunai Sehingga 35 peratus Diberikan Kepada Penerima FIMI

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN