Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Membedah 'Nusantara' Di Simposium Muzik Ipoh 2021

Simposium, forum, bengkel, sidang meja bulat dan sebuah konsert khas bersama seniman-seniman tempatan adalah antara acara yang bakal diadakan pada Simposium Muzik Ipoh tahun ini.

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 2:46PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Banyak kajian yang boleh dilakukan tentang genre muzik Nusantara yang mempengaruhi corak pemikiran dan penghayatan kita tentang alam dan persekitaran hidup. 

Atas sebab itu, People of Remarkable Talents (PORT) dengan kerjasama Gerakan Seni Ipoh telah memilih untuk mengangkat tema ‘Nusantara: Menelusuri Tradisi dan Kontemporari’ untuk Simposium Muzik Ipoh 2021 (IMS2021) yang akan berlangsung secara dalam talian 1 hingga 3 Oktober ini. 

Acara yang memasuki tahun yang ketiga ini turut mendapat sokongan penuh daripada Cultural Economy Development Agency (CENDANA) dan Tourism Perak dari sudut dana dan promosi. 

Pengurus Besar PORT, Nur Hanim Datuk Mohamed Khairuddin berkata, ekosistem industri muzik telah menyaksikan penurunan drastik program dan aktiviti berbentuk persembahan pentas sepanjang tempoh PKP akibat penularan wabak COVID-19. 

“Justeru itu, pihak kami sepakat untuk tetap meneruskan program simposium muzik tahunan kali ini, walaupun secara dalam talian kerana ia masih mendapat sambutan yang menggalakkan daripada semua peserta dan peminat budaya. 

“Simposium Muzik Ipoh yang sudah masuk ke tahun yang ketiga ini sesungguhnya telah menjadi program ‘hallmark’ PORT yang disebut-sebut sehingga ke luar negara. 

“Sebagai satu program tahunan PORT, Simposium Muzik Ipoh ini diharap dapat menjadi satu wadah penting untuk pengumpulan sumber-sumber tekstual yang bersifat ilmiah, yang dapat menjadi rujukan berguna bagi generasi akan datang,” katanya.

Simposium yang menjadi pengisian utama akan menampilkan 23 orang panel pembentang yang terdiri daripada ahli-ahli akademik, pengkaji budaya dan penggiat seni. 

Barisan ahli panel dengan latar belakang yang berbeza ini akan merungkai topik-topik mengenai wacana serta isu-isu seputar muzik Nusantara. 

Antara mereka yang terlibat adalah Profesor Madya Dr Haji Mohd Azam (Azam Dungun), Manan Ngah, Dr Raja Iskandar Raja Halid dan Eddin Khoo dari Malaysia serta Aris Setyawan, Dr Citra Aryandari dan Michael HB Raditya dari Indonesia. 

Pembentangan ini dibahagikan kepada lima sesi yang merangkumi lima topik berbeza iaitu 'Mobiliti dan Sejarah', 'Warisan, Budaya dan Kelestarian', 'Adaptasi dan Inovasi', 'Bunyian Alternatif dan Politik' serta 'Analisis Karya'.

Manakala ucaptama simposium bagi kedua-dua hari akan disempurnakan oleh seniman Datuk M. Nasir Mohamed (Malaysia) dan Bapak Dwiki Dharmawan (Indonesia). 

IMS2021 yang dianjurkan selama tiga hari berturut-turut ini juga turut memuatkan program-program menarik lain seperti forum, bengkel, sidang meja bulat dan sebuah konsert khas yang bakal dijayakan oleh seniman tempatan ternama dan yang sedang meningkat naik. 

Forum yang diajurkan di simposium ini mengangkat dua tajuk iaitu ‘Identiti dan Globalisasi’ serta ‘Loloq Dalam Kenangan’.

Forum pertama iaitu ‘Identiti dan Globalisasi’ yang dikendalikan moderator Hasmi Hashim @ Budi Hekayat (penulis lirik) akan dibarisi ahli-ahli panel ternama iaitu U-Wei Haji Saari (sutradara filem), Manan Ngah (pencipta lagu/lirik) dan Farihin Abdul Fattah (penerbit TV, bekas pengurus kumpulan Raihan).

Forum kedua bertajuk ‘Loloq dalam Kenangan’ pula menampilkan tokoh sutradara filem, Mamat Khalid, aktor popular Hasnul Rahmat dan pengasas Tempatan Fest, Seir Rashid selaku ahli-ahli panel serta Nur Hanim sebagai moderator.

Konsert Nusantara yang turut menjadi pengisian program simposium ini akan dijayakan artis dan seniman tempatan yang selama ini banyak menonjolkan muzik yang mengandungi elemen-elemen Nusantara.

Artis dan seniman yang akan menjayakan konsert ini adalah Datuk M.Nasir, Margasatwa, Ondo Handpan, Space Gambus Experiment, Sada Borneo dan kumpulan duo orang asal Herry & Alang Luhiew Renaweij. 

Lagu-lagu rakyat negeri Perak akan turut diketengahkan oleh pasukan seni dan budaya Kerajaan Negeri Perak iaitu Kumpulan Selendang Perak.

Turut ditampilkan pada pembukaan konsert nanti adalah persembahan daripada kugiran baru tempatan, Raksar, untuk mengimbau semula tema Simposium Muzik Ipoh pada tahun lalu iaitu 'Rock Kapak'.  

Anda boleh menonton siaran langsung bagi setiap program di media sosial YouTube dan Facebook PORT Ipoh. Maklumat dari semasa ke semasa mengenai Simposium Muzik Ipoh ini boleh diperolehi di laman Facebook Ipoh Music Symposium 2021. - Getaran, 30 September 2021

Gambar: Port Ipoh 

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Pelantikan Presiden Indonesia Di Nusantara

2

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Kilang Ubat Di Ipoh Musnah Terbakar

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Denggi Di Ipoh Naik 265 Peratus, Musim Hujan Berterusan Antara Faktor

4

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Selebriti 14 jam yang lalu

Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Pro Israel

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 21 jam yang lalu

Pempengaruh, Ceddy Ang Layak Dipuji, Tak Pernah Berhenti Menyokong Palestine

Bagi Ceddy, konflik di Palestine bukanlah semata-mata isu agama, tetapi ia adalah hal kemanusiaan. 

oleh Rahayu MN