web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Barangan ‘Terpakai’ Trend Terkini Di Brunei

Sejak kebelakangan ini populariti barangan terpakai kian menjadi trend di Brunei dan mendapat perhatian terutama sekali golongan muda.

TARA Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jun 2021 12:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dewasa kini platform media sosial seperti Instagram dan Facebook memainkan peranan besar buat para peniaga. Wadah itu memberi peluang kepada mereka untuk mempamerkan serta menawarkan harga-harga menarik untuk barangan dan perkhidmatan yang dijual kepada pelanggan mereka.

Jika ada yang berkenan, si pembeli akan terus menempah dan membuat pembayaran langsung secara dalam talian dan bertemu dengan si penjual.

Di Brunei Darussalam, trend menjual barangan terpakai terutama pakaian semakin mendapat perhatian para peminatnya, khasnya para pencinta fesyen.

Dalam tinjauan bersama salah seorang penjual pakaian terpakai Nurafiqah Haji Abdul Rahim, kami mendapati kesemua pakaian yang dijual didatangkan dari luar negara seperti Korea, Jepun dan Amerika Syarikat. 

Antara jenis pakaian seperti baju-T, baju kemeja, blaus, seluar jeans dan jaket menjadi rebutan para pencinta fesyen pakaian terpakai.

Cabaran Pandemik COVID-19 memberikan impak yang besar dan mencabar semua pekerjaan dan perniagaan. 

Ini tidak terkecuali bagi Nurafiqah yang sebenarnya bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan. Namun gara-gara pandemik banyak penerbangan terpaksa dihadkan seketika.

Sedar akan cabaran tersebut, Nurafiqah beserta ahli keluarganya yang lain, telah menubuhkan satu perniagaan menjual barangan terpakai yang dipanggil Darussalam Thrift. 

‘’Penerbangan yang terhad dan banyak waktu lapang membuatkan saya lebih fokus kepada perniagaan,’’ katanya semasa ditemui. Menurutnya, sambutan daripada orang ramai sangat menggalakkan.

‘’Menjaga kualiti dan standard sesuatu barangan yang dijual adalah faktor utama Darussalam Thrift dikenali ramai,’’ katanya.

Menurutnya lagi, tawaran demi tawaran juga sering diberikan kepada pelanggan tetapnya memandangkan harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan.

Walaupun perniagaan pakaian terpakai masih baru di negara ini, Nurafiqah berharap perniagaan seperti ini akan menjadi rujukan para peniaga lain untuk menceburi perniagaan pakaian terpakai.

Bercakap mengenai cabaran yang dihadapi jelasnya, terdapat beberapa pakaian yang di tempah mempunyai kerosakan memandangkan pakaian yang ditempah adalah secara lambak atau bundle

Menurutnya lagi, walaupun cabaran demi cabaran yang ditempuhi, namun dengan niat dan kegigihan serta tidak kenal erti putus asa, cabaran-cabaran tersebut mampu ditempuhi dengan tenang.

Percaya akan perniagaan seperti ini akan maju, Nurafiqah turut menasihatkan para belia yang masih mencari pekerjaan agar dapat  menceburi bidang perniagaan dan fokus dengan kejayaan agar dapat mengubah kehidupan mereka.

Tidak mustahil jika trend ini akan meluas dan bertambah di masa terdekat. Jadi jika ada yang mempunyai koleksi pakaian terpakai yang banyak, ada peluang rezeki yang boleh diceburi di Brunei. - Getaran, 12 Jun 2021.

Semua gambar : Azizi Ahmad

Isu Pada

Kembara Fakhrul Razi

12 Jun 2021

Sorotan

1

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

2

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Hari Bapa

3

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

4

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

5

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

6

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara