Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Brunei Lanjut 15 Hari Penutupan Sempadan Dengan Malaysia

Brunei Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 4:22PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Pejabat Perdana Menteri Brunei pada Khamis mengumumkan penggantungan sementara aktiviti rentas sempadan antara Brunei dan Malaysia, akan dilanjutkan selama 15 hari lagi, lapor Xinhua.

Penggantungan sementara kemasukan warga asing melalui darat dan pelabuhan laut, termasuk transit melalui Brunei, dilanjutkan selama 15 hari lagi sehingga 15 Januari 2022, kecuali untuk perjalanan masuk dan transit yang telah diluluskan oleh kerajaan.

Terletak di Asia Tenggara, di barat laut Kalimantan, Brunei berkongsi sempadan darat dan laut dengan negeri Sabah dan Sarawak di Malaysia.

Sementara itu, berdasarkan penilaian risiko kementerian kesihatan terhadap pandemik COVID-19 di peringkat serantau dan global, Brunei mengumumkan penggantungan sementara perjalanan ke dan dari lapan negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Malawi, Mozambique, Namibia dan Zimbabwe dibatalkan.

"Pertimbangan untuk masuk dan keluar bagi perjalanan penting dari Brunei Darussalam ke negara-negara yang disebutkan di atas kini dibenarkan, berkuatkuasa Sabtu, 1 Jan , 2022," kata pejabat itu dalam satu kenyataan.

Menurut pejabat itu, syarat pertimbangan perjalanan keluar masuk yang dinyatakan di atas adalah tertakluk kepada semakan Jawatankuasa Pemandu COVID-19 dari semasa ke semasa.

Brunei melaporkan lima kes baharu COVID-19 yang disahkan pada Khamis, termasuk tiga jangkitan tempatan dan dua kes import, menjadikan jumlah keseluruhan 15,470.

Menyedari bahawa lapan kes varian Omicron telah dilaporkan, Menteri Kesihatan Dr Haji Mohd Isham berkata tidak perlu panik kerana kes itu terkawal.

Sehingga 29 Dis, kira-kira 95 peratus penduduk Brunei menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19, manakala 93 peratus melengkapkan vaksinasi dua dos dan kira-kira 20 peratus menerima dos ketiga.

Setakat ini, negara itu mencatatkan 98 kes aktif masih dirawat dan 100 kematian. - Bernama

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Misi Pelayaran Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Satu Cabaran Besar - Mohamad

Sukan 15 jam yang lalu

Piala Thomas: Zii Jia Ketepikan 'Kegoyahan' Kem Perseorangan Lelaki Negara

Semasa 1 hari yang lalu

Tunggakan Gaji Bekas Kakitangan Kedah Agro Diselesaikan Secara Berperingkat

oleh Rafisqi Radhi