web statsweb stats

Berita Terkini

4 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Bunuh Di Sungai Choh: Lima Lagi Ditahan

Berita Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Dec 2023 7:37PM

- gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lagi individu semalam bagi membantu siasatan kes seorang lelaki maut ketika bergaduh dengan abang teman wanitanya, di Sungai Choh, Rawang, Selangor pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak Supt Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia 19 hingga 35 tahun.

“Tangkapan dilakukan di tiga lokasi berbeza. Seorang lelaki dan dua wanita ditahan di Desa Aman Puri, di sini pada 4.40 petang manakala seorang lelaki pada 6.15 petang di Pusat Perdagangan Alam Jaya, Bandar Puncak Alam.

“Lelaki terakhir ditahan pada 11 malam di Sungai Choh. Kesemuanya direman seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata proses bedah siasat yang selesai petang semalam menemukan kesan cedera dan lebam pada kepala dan seluruh badan mangsa, namun punca kematian belum disahkan.

Noor Ariffin berkata teman wanita mangsa tidak mempunyai kaitan dengan kes itu dan dakwaan video bogel teman wanita itu sebagai motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

Semalam, Bernama melaporkan seorang lelaki maut dipercayai dipukul dengan menggunakan kayu, botol dan tong besi oleh abang teman wanitanya kira-kira 11 pagi, Sabtu dipercayai akibat salah faham sebelum mayatnya ditanam di kawasan semak di belakang rumah keluarga wanita itu di Sungai Choh.

Susulan itu, polis telah menahan tiga beradik iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia 29 hingga 33 tahun disyaki terlibat dalam kes berkenaan. - BERNAMA

Sorotan

1

PRN Johor: Keputusan Tak Rasmi, BN Dahului Di 33 DUN, PH 7 DUN - Asyraf Wajdi 

2

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

3

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

4

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

5

PRN Johor: 26.43 Peratus Keluar Mengundi Setakat 11 Pagi - SPR

6

Masa Depan Johor Dan M’sia Bergantung Kepada Generasi Berilmu, Bijaksana Dan Amanah - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Proses Kiraan Undi Dimulakan 5 PM - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Politik Kebencian, Utamakan Keharmonian - Hishammuddin

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Keluarlah Mengundi, Ulangi Sejarah 2018, Ubah Landskap Politik Johor’ - Sivamalar

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Polis Terima 90 Laporan, 25 Kertas Siasatan Dibuka

oleh Sophia Ahmad