web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Budak Belakang Anjur Konsert Hip Hop ‘G-Day’ Demi Bantu Pelajar Kelas Belakang Yang Sering Dilabel Tiada Masa Depan

Konsert yang akan berlangsung pada 12 Ogos depan turut dibarisi oleh 35 artis hip hop tempatan termasuklah Kmy Kmo, Tuju & Loca, Forceparkbois dan Luqman Podolski.

Muzik Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Jun 2023 10:00AM

Gambar PR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tiada masa depan dan tidak akan berjaya. Itu antara kata-kata yang sering dilontarkan masyarakat kepada kumpulan pelajar yang berada di kelas belakang.

Bagaikan tiada peluang untuk berjaya, adakalanya kehadiran mereka dilabelkan sebagai membebankan orang lain.

Melihat stigma negatif itu, seorang guru di sebuah pusat pengajian swasta, Muhammad Syahir Andenan atau lebih mesra digelar Badang, 28, mengambil inisiatif kreatif dengan memberi peluang kepada kumpulan pelajar terbabit untuk mencungkil bakat mereka menerusi nyanyian rap.

Badang juga merupakan salah seorang pengasas Pasukan Budak Belakang yang ditubuhkan dengan satu tujuan yang  iaitu memberikan impak positif kepada generasi muda yang masih bersekolah agar mereka selalu berupaya mencapai prestasi terbaik dan tidak terpinggir oleh stigma yang ada di antara siswa yang tidak mengambil jurusan sains tulen di sekolah.

Badang - Gambar PR
Badang - Gambar PR

“Semua pelajar ada masa depan. Termasuklah pelajar-pelajar kelas belakang. Kita cuma perlu kenal pasti dan bukakan jalan untuk mereka nampak. 

“Saya melihat melalui muzik rap ini, ia sebagai medium ekspresi atau luahan bakat yang bukan semua orang boleh miliki.

“Jadi inisiatif ini sebagai langkah untuk menepis stigma masyarakat terhadap bakat pelajar kelas belakang ini,” katanya.

Badang berkata bagi memberi peluang kepada pelajar ini mempamerkan bakat mereka, sebuah konsert Budak Belakang G-day akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

Gambar PR
Gambar PR

“Selain konsert hip hop dan rap terbesar ini, pelbagai aktiviti lain antaranya mini X-Games, B-Boy dan lukisan mural grafiti akan diadakan selama 12 jam tanpa henti di Pusat membeli belah KWC StarExpo Centre, Kuala Lumpur.

"Sebahagian dari keuntungan jualan tiket akan disumbangkan kepada Cinta Syria Malaysia dan Aman Palestine bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Gambar PR
Gambar PR

Seramai 35 kumpulan artis rap terkenal akan membuat persembahan pada konsert itu, antaranya Kmy Kmo, Tuju & Loca, Forceparkbois dan Luqman Podolski.

Tiket Konsert telah mula dijual dengan harga tempahan awal bermula RM75 dan boleh dibeli secara dalam talian di https://www.budakblkg.com. – Getaran, 7 Jun 2023

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Selebriti 21 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

oleh Rahayu MN