web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minggu Ini Kami Mendalami Kedudukan Ekonomi, Unjuran – Rafizi

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Dec 2022 12:18PM

Rafizi Ramli - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Keutamaan Kementerian Ekonomi minggu ini ialah meneliti kedudukan semasa di rantau ini dan juga peringkat global serta unjuran yang sudah dikeluarkan agensi awam atau swasta.

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, penelitian itu penting untuk menyusun perancangan kementerian tersebut bagi tempoh enam bulan akan datang.

Malah katanya, beliau juga akan berbincang dengan semua pegawai bagi mendapatkan pandangan mengenai program yang memberi impak besar dan cepat kepada pertumbuhan ekonomi.

“Apa keutamaan minggu pertama. Kenali dengan dekat semua pegawai tertinggi Kementerian Ekonomi. Mereka pasukan saya dan nadi memperbaiki ekonomi.

“Kami akan mendalami kedudukan ekonomi sekarang dan unjuran-unjuran. Ini bagi membolehkan kementerian menyusun perancangan untuk enam bulan, iaitu menyusun program impak besar dengan cepat," katanya di Twitter hari ini.

Pada masa sama, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan turut menzahirkan ucapan terima kasih atas komen dan pandangan pengguna Twitter mengenai isu politik dan ekonomi.

"Saya mendengar dan mengambil kira semua. Ada yang boleh dilaksana segera. Ada yang akan disusun segera. Yang penting usaha dan ikhlas, " katanya.

Rafizi yang juga Timbalan Presiden PKR mengangkat sumpah sebagai Menteri Ekonomi pada 3 Disember lalu.

Semasa sidang media pertamanya Isnin lalu, Rafizi berkata, fokus keseluruhan beliau adalah untuk membawa Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi.

Beliau berkata, ini memandangkan terdapat tumpuan berterusan yang baik terhadap industri dan kegiatan ekonomi yang boleh melonjakkan status Malaysia kepada negara berpendapatan tinggi.

"Terdapat banyak fokus untuk negeri-negeri yang buat masa sekarang ini tidak mengalami pertumbuhan yang baik, yang lebih ramai orang miskin.

"Fokus penting harus diberikan kepada kumpulan paling rentan dalam masyarakat dari segi ekonomi, tentang program pembasmian tegar dan sebagainya," katanya. – Getaran, 8 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

3

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

4

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan