web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gaji Tak Dibayar? Boleh Ambil Wang Majikan Tapi Perlu Tahu Apa Syaratnya

Hukum mengambil wang majikan tersebut secara senyap-senyap diharuskan namun dengan beberapa syarat.

Refleksi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2023 9:35AM

Majikan yang tidak telus dalam pembayaran gaji pekerja adalah zalim - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pernahkah anda melalui situasi di mana majikan anda tidak membayar atau melewatkan pembayaran gaji seperti yang dijanjikan apabila tiba waktunya? Perkara ini perlu dititik beratkan kerana ia boleh menyebabkan seseorang pekerja itu bertindak mengambil wang majikan tersebut tanpa disedari.

Secara logiknya, gaji merupakan hak seorang pekerja yang perlu dibayar oleh majikan tepat pada waktunya. Namun jika berlaku keadaan seperti yang dinyatakan di atas, apakah tindakan mengambil wang tersebut dikira mencuri? Jawapannya tidak dan hukumnya diharuskan namun harus mematuhi beberapa syarat.

Mengambil harta majikan dalam keadaan rahsia diharuskan jika terdesak - gambar hiasan
Mengambil harta majikan dalam keadaan rahsia diharuskan jika terdesak - gambar hiasan

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, majikan yang tidak telus dalam pembayaran gaji pekerja adalah zalim dan mengambil harta mereka ini dalam keadaan rahsia diharuskan jika terdesak. 

Akan tetapi jika pembayaran gaji tersebut tidak berdasarkan perjanjian atau tiada kesepakatan antara majikan dan pekerja berkenaan sebelum menjalankan tugas, perbuatan tersebut dianggap mencuri. Majikan perlu menerangkan dengan jelas bagaimanakah kaedah gaji pekerja itu dibayar dan apakah kemungkinan yang boleh berlaku sebelum menjalankan tugas.

Kerja adalah satu ibadah - gambar hiasan
Kerja adalah satu ibadah - gambar hiasan

Islam menyatakan bahawa bekerja merupakan salah satu ibadah. Bahkan dengan usaha kuat ketika bekerja, ia merupakan amalan yang dianjurkan oleh Islam selagi puncanya halal dan tidak menyelisih prinsip-prinsip agama. Firman Allah SWT:

وَقُلِ اعْمَلُوا فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

Maksudnya: “Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramal dan bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan”.

Surah al-Taubah (105)

Secara amnya, bekerja adalah perkara yang dituntut dalam islam dan perlu halal serta menepati syariat Islam. Menjadi penekanan juga bahawa hak pekerja merupakan salah satu perkara penting. Seperti mana dalam hadis diriwayatkan daripada Ibn Umar RA, Nabi SAW bersabda:

اعْطُوا الأَجِيرَ أَجْرَهُ ، قَبْلَ أَنْ يَجِفَّ عَرَقُهُ

Maksudnya: “Berikanlah upah pegawai (buruh), sebelum kering peluhnya.”

Riwayat Ibn Majah

Menurut Imam Al-Munawi, hadis tersebut menerangkan bahawa melewat-lewatkan gaji pekerja hukumnya haram jika tiada sebab atau kekangan yang kukuh untuk menyegerakannya. 

Pastikan anda betul-betul fahami situasi pembayaran upah atau gaji tersebut yang telah dipersetujui - gambar hiasan
Pastikan anda betul-betul fahami situasi pembayaran upah atau gaji tersebut yang telah dipersetujui - gambar hiasan

Jadi ,merujuk kepada konteks yang dibincangkan di atas, pastikan anda betul-betul fahami situasi pembayaran upah atau gaji tersebut yang telah dipersetujui dan dinyatakan dalam akad. 

Selain itu, mengambil harta majikan dengan senyap-senyap dibenarkan jika mereka menunjukkan keengganan memberi bayaran gaji terhadap kerja yang telah dilaksanakan. Ini termasuklah jika pekerja sudah melaporkan kepada pihak berkuasa seperti hakim namun tidak berjaya menuntut haknya kerana tidak mampu menyertakan bukti yang kukuh, hakim tidak berlaku adil dan mengamalkan rasuah.

Gaji diambil perlu sekadar memenuhi hak pekerja sahaja - gambar hiasan
Gaji diambil perlu sekadar memenuhi hak pekerja sahaja - gambar hiasan

Bagaimanapun perlu diingatkan supaya jangan sesekali mengambil harta tersebut melebihi hak yang sepatutnya. Ia mesti diambil sekadar memenuhi hak pekerja sahaja. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَإِنْ عَاقَبْتُمْ فَعَاقِبُوا بِمِثْلِ مَا عُوقِبْتُم بِهِ

Maksudnya: “Dan jika kamu membalas kejahatan pihak lawan, maka hendaklah kamu membalas dengan hukuman yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu.”

Surah al-Baqarah (194)

Maka, dalam apa juga tindakan yang hendak dilakukan pastikan anda dalam keadaan waras dan betul-betul memahami situasi supaya tidak berlaku perselisihan faham antara pekerja dan juga majikan. - Getaran, 6 Ogos 2023

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini