web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Antara 5 Individu Berpengaruh Besar Dalam Sejarah Dunia

Individu yang berpengaruh merujuk kepada seseorang yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi. Mereka ini juga dipercayai ramai orang. Kenali lima daripada mereka.

Refleksi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2022 4:44PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Individu yang berpengaruh merujuk kepada seseorang yang mempunyai jumlah pengikut yang tinggi. Mereka ini juga dipercayai ramai orang.

Pelbagai faktor menjadikan seseorang itu berpengaruh seperti kuasa, kedudukan, kejayaan atau perbuatan yang dilakukan yang menjadi tauladan, sanjungan serta ikutan ramai. 

Kebiasaannya impak manusia berpengaruh ini melahirkan ramai individu yang memiliki sikap kesetiaan dan sentiasa taat kepada mereka walaupun individu tersebut sudah tiada.

Segmen Refleksi hari ini berkongsi tentang lima individu yang mempunyai pengaruh besar di dunia.

Gambar: Thethinkingmuslim.com
Gambar: Thethinkingmuslim.com

Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad SAW merupakan Rasul yang terakhir diutuskan oleh Allah SWT dan dilahirkan pada tanggal 20 April 570 masihi. 

Baginda telah berdakwah dan menyebarkan agama Islam sejak umurnya 23 tahun. Penyebaran tersebut yang dilakukan secara kecil-kecilan pada peringkat awal bermula dengan dakwah baginda bersama para sahabat dan pengikutnya tersebar luas  sehingga ke seluruh dunia. 

Pelbagai cabaran ditempuhi bagi mentaati perintah Allah SWT terhadapnya namun baginda tetap meneruskan berdakwah. Sehingga kini, umat Islam setia mengamalkan ajarannya.

Malah, menurut Michael H Hart yang berbangsa Yahudi dalam bukunya yang berjudul The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History meletakkan Nabi Muhammad SAW di tangga teratas individu paling berpengaruh dunia.

Gambar: Ournationalheroes.com
Gambar: Ournationalheroes.com

Cai Lun

Tokoh berbangsa Cina ini merupakan seorang pegawai pengadilan maharaja semasa zaman Dinasti Han pada abad satu dan dua masihi. Cai Lun berasal dari Guiyang yang kini terletak di wilayah Hunan, dilahirkan pada abad ke-50 masihi. 

Beliau yang juga seorang ahli sains tersohor pada ketika itu telah mencipta kertas yang menjadi sumbangan besar buat bangsa China serta kemajuan tamadun dunia.

Sebelum wujudnya kertas, rakyat negara itu mencatat segala maklumat dengan menulis pada kepingan buluh, kulit kayu, batu dan banyak lagi. Malah bagi golongan raja dan bangsawan pula, mereka dikhaskan untuk menulis di atas kain rentang yang diperbuat daripada sutera. 

Kertas yang diciptanya juga berasal daripada bahan semula jadi seperti kulit pokok, serpihan rami, kain dan jaring ikan sebagai bahan asas pembuatan kertas tersebut. 

Perkembangan teknologi ini menjadikan beliau idola apabila kertas buatannya dipersembah dan disukai oleh Maharaja Han Hendi. Disebabkan itu, Cai Lun disanjung tinggi rakyat ketika itu. 

Namun, menurut naskhah purba Cina, dia telah dibuang negara kerana terlibat dalam komplot bersama kumpulan anti istana lalu membunuh diri dengan meminum racun selepas membersihkan diri.

Gambar: Petros-petrodes.com
Gambar: Petros-petrodes.com

Paulus

Paulus atau nama sebenarnya Saul tokoh yang berpengaruh dan disanjung oleh penganut agama Kristian. Beliau merupakan individu penting dalam mencorak dan mengasas agama tersebut. 

Selain itu, dia juga dikatakan salah seorang golongan hawari (individu yang bersahabat dengan Yesus Kristus) walaupun tidak pernah menuntut dan berguru dengan Yesus secara langsung. 

Paulus yang berasal daripada keluarga Yahudi dan dilahirkan di Kota Tarsus di utara Turki dilahirkan pada abad pertama masihi. Beliau mempunyai pengaruh yang besar kerana kehebatannya dalam menyebarkan agama Kristian semasa zaman Yesus Kristus. 

Pengaruhnya bertambah besar apabila berjaya mengelirukan orang Yahudi di Damsyik terhadap kenyataannya bahawa Yesus adalah seorang penyelamat. 

Menurut ahli sejarah Kristian Yunani yang bernama Eusebius, Paulus mati dipenggal semasa zaman pemerintahan Nero, maharaja Rom yang kejam ketika itu.

Gambar: Science-news.co
Gambar: Science-news.co

Nikolai Tesla

Nikola Tesla dilahirkan di Croatia dan merupakan warga negara Amerika Syarikat ketika beliau dewasa. Dilahirkan pada 10 Julai 1856, beliau menjadi individu berpengaruh dunia kerana sumbangan utamanya dalam pengajian sistem elektrik dan penyelidikannya menghasilkan revolusi dalam bidang elektromagnet pada abad ke 19 dan 20. 

Beliau yang juga pereka, ahli fizik, jurutera mekanik dan jurutera elektrik merupakan individu pertama membuat penyelidikan berkenaan asas arus elektrik ulang alik. Malah, sistem asas tersebut masih digunakan oleh kebanyakan perkakas elektrik hari ini. 

Tambahan pula, pengasas bersama syarikat pengeluaran kenderaan elektrik jenama Tesla, Elon Musk yang meletakkan nama Tesla sebagai simbolik sumbangannya terhadap kebangkitan semula penemuan sistem elektrik.

Gambar: Saednews.com
Gambar: Saednews.com

Al-Khawarizmi

Al-Khawarizmi merupakan tokoh Islam yang hebat dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Penyelidikan tersebut menggunakan sistem matematik sekan untuk kiraan sudut dan garisan lengkung yang dipanggil tangen. 

Dilahirkan pada 780 Masihi di Bukhara, Uzbekistan, beliau merupakan pakar dalam bidang matematik, astronomi dan geografi serta dikenali sebagai bapa algebra. 

Ilmu hisab dan astronominya tersebar meluas sehingga Eropah malah seluruh dunia bahkan konsep-konsep pembelajaran dalam matematik yang dicipta oleh beliau masih digunakan sehingga kini. 

Al-Khawarizmi atau nama sebenarnya Abu Abdullah Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi telah mempunyai pengaruh yang besar sejak muda kerana beliau bekerja di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma’mun di Baghdad. - Getaran, 18 Februari 2022

Sumber: Businessinsider.com dan https://archive.org/details/the-100-michael-hart

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Rampasan Kuasa Gabon: Semua Rakyat Malaysia Selamat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pengasingan Kuasa AG, Pendakwa Raya, Kajian Empirikal Dalam Tempoh Setahun - Azalina

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Pameran 100 Tahun Sinema Malaysia Singkap Sejarah Perfileman Negara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Pokok Getah Tertua Di Malaysia Bernilai Hampir RM200,000 Perlu Jagaan Rapi

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Jelajah 1 hari yang lalu

Cuti Sekolah Ogos Ini, Jomlah Bawa Anak Menginap Bersama Hello Kitty, Kuromi & Cinnamoroll

oleh Rahayu MN

Gaya 5 jam yang lalu

Daripada Kek Ke ‘Acne Patch’, Kolaborasi Pelik Kini Jadi Strategi Jenama

Secret Recipe melancarkan kerjasama baharu yang menarik dengan jenama tampalan jerawat buatan Korea SimplyHeal dan watak kucing IP tempatan Bichi Mao.

oleh Rahayu MN