web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Apa Beza ‘Caretaker’ Dan ‘Interim’?

Politik Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 8:07AM

Muhyiddin akan berkhidmat sebagai Perdana Menteri Interim sehingga pengantinya dilantik. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Teka-teki yang berlegar sejak awal bulan ini sama ada Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri atau meneruskan usul undi percaya di Parlimen bagi menentukan keabsahannya terjawab sudah.

Menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada Isnin, beliau mengesahkan dirinya dan semua Jemaah Menteri sudah melepaskan tanggungjawab itu.

Peletakan jawatan itu susulan kehilangan majoriti ke atas kerajaan Perikatan Nasional (PN), apabila 15 Ahli Parlimen UMNO menarik semula sokongan mereka.

Usai pengumuman itu, istilah caretaker dan interim pula menjadi sebutan apabila Muhyiddin memberitahu, beliau menerima perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menjalankan kedua-tugas berkenaan, sementara Perdana Menteri sebenar dilantik.

Menurut Muhyiddin, Seri Paduka Baginda memberi perkenan untuk beliau menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker sehingga kerajaan baharu ditubuhkan.

Ramai tertanya-tanya apakah skop tugasan berkenaan serta adakah peranan Perdana Menteri caretaker dan Perdana Menteri Interim yang pernah dijalankan Tun Dr Mahathir Mohamad selepas meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri Ke-7 adalah sama.

Menjawab perkara itu, Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (UMP), Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain, berkata Perdana Menteri caretaker dan interim merujuk kepada maksud serta situasi sama, iaitu keadaan tidak tetap dalam melaksana tugas atau fungsi kuasa bagi suatu jawatan kerana berlaku kekosongan untuk tempoh masa tertentu secara sementara.

Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain

Istilah Interim, caretaker dan demokrasi, katanya, tiada dalam Perlembagaan, tetapi boleh digunakan kerana bersesuaian dengan ciri dan sistem yang tertakluk di bawah Perlembagaan.

Beliau berkata, perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri caretaker atau Perdana Menteri Interim terbabit seperti pernah diperuntukkan kepada Tun Dr Mahathir, diandaikan tidak dibuat di bawah Perkara 43(2)(a) atau pastinya bukan di bawah perenggan 43(2)(b) perkara sama kerana Parlimen masih belum dibubarkan.

“Pada hakikatnya, pelaksanaan tugas Perdana Menteri caretaker diperkenankan kepada Muhyiddin pada 16 Ogos 2021 seperti dilaporkan, hanya bersifat sementara, maka punca kuasanya adalah berlandaskan prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

“Bagaimanapun, peranan sebagai Perdana Menteri caretaker yang diperkenankan kepada Muhyiddin bukan luar biasa dalam amalan pentadbiran negara kita.

“Jika berlaku seorang pegawai awam tidak ada atau tidak berdaya buat sementara, boleh dilantik seorang lain untuk melaksanakan tugas seperti termaktub dalam Seksyen 33 Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Yang di-Pertuan Agong jelas beliau, mempunyai prerogatif untuk membolehkan tugas tertentu dilaksanakan pihak lain, seperti termaktub dalam undang-undang Persekutuan bagi maksud pelantikan di luar kerangka Perkara 43.

Wan Ahmad Fauzi berkata, jawatan Perdana Menteri caretaker adalah bersifat dekoratif dan peranan dijalankan Muhyiddin hanya terhad pada tugas berbentuk pentadbiran dan tempoh tertentu selepas berlaku kekosongan jawatan pegawai nombor satu kerajaan itu.

“Tugasan Muhyiddin yang bersifat fungsi kuasa eksekutif perlu dikurniakan secara nyata oleh Yang di-Pertuan Agong berlandaskan kuasa baginda di bawah Perkara 39, dibaca bersama prerogatif terpelihara menurut Perkara-Perkara 181(1) dan 32 Perlembagaan,” jelas beliau.

Peranan Perdana Menteri caretaker ini, katanya, tidak membolehkan pemegangnya membuat sebarang keputusan berkenaan dasar, lantikan utama dan menandatangani kontrak berkaitan kerajaan.

“Secara ringkas, tiada peruntukan Perlembagaan yang menggariskan kuasa dan hak Perdana Menteri caretaker, justeru peranannya tertakluk kepada kehendak Yang di-Pertuan Agong,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 11 jam yang lalu

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

2

Politik 2 hari yang lalu

‘Sanusi, Jangan Campur Tangan Kempen Di Negeri Sembilan’ - Zahid Hamidi

3

Politik 2 hari yang lalu

Sanusi Dakwa Kenyataan Diputar Belit, Bakal Buat Laporan Polis 

4

Politik 2 hari yang lalu

‘BN, PN, Sila Hentikan Retorik Perkauman; Tumpu Politik Berasaskan Isu’ - DAP

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemerasan RM2 Juta, 12 Pegawai Dan Anggota Polis Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Sukan 11 jam yang lalu

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad