web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 7 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tempoh Perkhidmatan Haim Hilman Selaku Naib Canselor UUM Dipendekkan

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2022 7:45PM

Profesor Dr Haim Hilman Abdullah

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh pelantikan Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Haim Hilman Abdullah dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari depan.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), pihaknya merakamkan penghargaan kepada beliau atas perkhidmatan diberikan selama memegang jawatan itu kira-kira setahun lalu.

Bagaimanapun, alasan di sebalik keputusan memendekkan tempoh pelantikan itu tidak dijelaskan.

“Adalah dimaklumkan bahawa tempoh pelantikan Profesor Dr Haim Hilman Abdullah sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) dipendekkan berkuat kuasa 18 Januari 2023.

“Kementerian mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr Haim Hilman Abdullah atas khidmat bakti serta kepimpinan beliau,” menurut kenyataan itu hari ini.

Haim Hilman, 49, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Perniagaan dari University of Portsmouth, United Kingdom.

Beliau turut memperoleh Ijazah Kedoktoran dalam Pengurusan Strategik pada 2010 dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Sebelum dilantik ke jawatan orang nombor satu universiti itu pada 17 Januari lalu, Haim Hilman memegang peranan sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) di universiti tempatan sama.

Pelantikan berkenaan susulan segala pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti dimiliki Haim Hilman dianggap mampu menggalas tanggungjawab diberikan, seperti dimaklumkan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi ketika itu, Profesor Datuk Dr Husaini Omar. - Getaran, 20 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Hiba Hati Ayah Lihat Jasad Anak Lemas Di Takungan Air

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Syahid Dibunuh Zionis, Pemergian Pelajar UUM Warganegara Palestin Kehilangan Besar 

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sistem Ranking Universiti Penting Untuk Tarik Kemasukan Pelajar Antarabangsa

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Changlun, UUM Dilanda Banjir

Sorotan

1

2 Remaja Perempuan Maut Nahas, Polis Tahan Pemandu 

2

Keupayaan BN Tadbir Negeri Dipersoal, Mampukah Atasi Rekod Pelaburan PH? - Aminuddin

3

Nahas Ragut Nyawa 2 Remaja: Pemandu Sah Positif Dadah - Polis

4

Sepang Kembali Dalam Kalendar F1, Bakal Anjur GP Bahrain Oktober Nanti 

5

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

6

Kanak-Kanak Autistik Maut Terjatuh Dari Tingkat 13

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRU: ‘Tiada Perbincangan Setakat Ini’ - Zahid

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

F1 GP Bahrain: Malaysia Bakal Jadi Tuan Rumah Di Litar Sepang - PM 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

RCI TH: ‘Jika Mereka Tak Bersalah, Pertahankan; Jika Bersalah, Sila Dakwa’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Jenazah Rakyat Malaysia Maut Ditikam Di Korea Selatan Dibawa Pulang Selepas Bedah Siasat 

oleh Wartawan Getaran