web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sampai Hati Dah Makan Tak Nak Bayar

Video & Galeri Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 4:35PM

Tangkap layar gelagat pelanggan melarikan diri tanpa membayar makanan yang dinikmati di sebuah restoran. - gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebuah restoran makanan laut mengalami kerugian selepas seorang lelaki dan seorang wanita dipercayai tidak membayar makanan yang mereka nikmati sebelum berlalu pergi.

Melalui satu rakaman dipercayai kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan, lelaki dan wanita itu dilihat tiba dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna putih yang dipakirkan rapat dengan meja yang dibuka pemilik restoran.

Mereka dilihat membuat pesanan makanan termasuk untuk dibawa pulang, sebelum menikmatinya di meja makan, dan berlalu pergi tanpa membayar makanan berkenaan.

Malah, wanita berkenaan dilihat pergi ke kereta berkenaan terlebih dahulu, dipercayai untuk menghidupkan enjin kereta, sebelum masuk ke bahagian penumpang, diikuti pasangannya yang masuk ke bahagian pemandu dan beredar.

Tidak diketahui berapa kerugian ditanggung peniaga, namun perbuatan berkenaan sangat tidak bertanggungjawab dan menyusahkan orang lain. – Getaran, 22 Februari 2024

@getaranmy Makanan 'shell out' katanya tu 😥 Makanan dah sedap, tak manis la kalau tak bayar. Janganlah macam ni, kesian dekat pemilik kedai tu. Layari getaran.my untuk berita terkini dan info semasa. #getaranmy #trending #shellout ♬ original sound - Getaran

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Video Majikan Pukul Pembantu Rumah Undang Kemarahan Netizen

oleh Sophia Ahmad