Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Nasser’s Kitchen @ Getaran Ep. 3: Resepi Stew Kambing

Video & Galeri Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2021 3:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ikuti resepi unik dan menyelerakan dari dapur Nasser's Kitchen oleh Chef Nasser, eksklusif di Getaran.

BAHAN-BAHAN UNTUK STEW KAMBING (LAMB STEW)

Bahan-bahan

2 kg daging kambing (shoulder chop)

3 biji bawang Holland (dipotong halus)

8 ulas bawang putih (dicincang)

3 batang lobak merah (1/2 dipotong kasar dan 1/2 dipotong halus)

5 batang saderi (celery)

5 biji buah tomato (dipotong 4)

4 biji kentang (dipotong 4)

4 helai daun salam

1 sudu besar herba Rosemary kering

3 sudu besar sos Lea & Perrins

5 sudu besar kicap manis Enaq

4 sudu kecil garam

2 sudu kecil serbuk lada hitam

3 kiub pati lembu

Sedikit parsley segar

3 liter air

Bahan pemekat

50g mentaga

50g tepung gandum

Kaedah

1. Panaskan sedikit minyak untuk menggoreng daging kambing. Pastikan kuali panas berasap.

2. Garingkan bahagian luar daging sahaja. Mengoreng daging dahulu akan meningkatkan perisa kambing.

3. Masak kedua-dua belah. Bila sudah garing, keluarkan dari kuali dan ulang untuk kesemua kepingan daging kambing.

4. Panaskan sedikit minyak zaitun dalam periuk. Kalau tak ada minyak zaitun minyak masak biasa pun boleh.

5. Masukkan bawang holland dan tumis sehingga layu. Tambahkan sedikit garam untuk mempercepatkan bawang masak. Garam akan menarik air keluar dari bawang.

6. Kemudian masukkan saderi. Diikuti lobak merah yang dipotong kecil.

7. Masukkan bawang putih cincang lapan. Bila semua bahan tumisan sudah kelihatan layu dan mula garing, masukkan daging kambing, dan gaulkan.

9. Tambahkan 3 liter air. Kira perlukan air yang banyak kerana daging kambing perlu direnihkan untuk masa yang lama untuk lembut. Besarkan api.

10. Bila sudah mendidih, masukkan 3 kiub pati lembu. Kalau tidak mahu guna kiub pati lembu boleh gantikan dengan 2 sudu besar garam.

11. Tambah 4 helai daun salam. Jangan lupa keluarkan daun salam sebelum stew dihidangkan.

12. 1 sudu besar herba Rosemary kering. Herba ini pasangan yang baik untuk daging kambing.

13. 3 sudu besar sos lea & Perrins, 5 sudu besar kicap manis, 4 sudu kecil garam, 2 sudu besar serbuk lada hitam.

14. Tutup dan renihkan untuk 1 1/2 jam.

15. Jika air sudah berkurangan, tambah sedikit lagi air dalam 250ml atau 1 cawan.

16. Masukkan kentang, lobak merah dan buah tomato.

17. Renihkan untuk 30 minit lagi supaya kentang dan lobak merah menjadi lembut.

18. Sementara itu, kita sediakan pemekat untuk stew. Cairkan 50g mentega.

19. Tambah 50g tepung gandum dan masak sehingga kuning pucat dan pekat.

20. Masukkan roux, sedikit demi sedikit ke dalam stew dan kacau sehingga larut.

21. Stew akan menjadi semakin pekat. Tambah lagi roux sehingga tahap kepekatan yang anda mahu.

22. Tambah sedikit daun parsley segar.

23. Tambah garam secukup rasa.

24. Kalau mahu stew yang lebih gelap boleh tambah 1 sudu besar kicap manis

25. Tambah 1 sudu kecil lada hitam yang baru dikisar.

26. Renihkan 5 minit lagi dan stew kambing sedia untuk dihidangkan. Hiaskan dengan sedikit daun parsley segar. Hidangan ini boleh dipadankan dengan roti atau pun kentang putar.

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Lain Kali Gunalah Lorong Motosikal

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Burung Pun Tumpang Tawaf

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 19 jam yang lalu

Jom Kita 'Challenge' Siapa Lagi 'Sado'!

oleh Wartawan Getaran

Video & Galeri 1 hari yang lalu

Kekecohan Di Masjid, Polis Sudah Terima Laporan

oleh Wartawan Getaran