web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Akok Ikan Inovasi Zaharah Dapat Permintaan Tinggi

Menurut Zaharah, beliau membuat 300 biji akok ikan sehari dan memerlukan kira-kira 10 kilogram ikan selayang untuk menghasilkan serunding ikan menggunakan resipi tersendiri yang akan dimasukkan ke dalam adunan akok.

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jun 2023 8:08AM

Zaharah Mohd Nor, 43, menunjukkan kuih akok ikan di gerai jualannya ketika ditemui pemberita - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR PUTEH - Seorang pengusaha kuih tradisional mengambil langkah berani melakukan inovasi terhadap akok, kuih tradisi masyarakat di Kelantan dan Pantai Timur, dengan menambah serunding ikan dalam adunan kuih itu, bermula dua tahun lepas.

Zaharah Mohd Nor, 43, berkata walaupun berdepan pelbagai cabaran pada mulanya, ternyata kelainan yang dicipta itu kini berjaya mendapat tempat di hati pelanggan sehingga ada yang menjadi pelanggan tetap sekali gus meraih pendapatan lumayan.

Ibu kepada tiga anak itu berkata beliau mengusahakan perniagaan akok di depan rumah sejak lima tahun lepas sebelum didekati wakil Jabatan Perikanan Negeri yang mencadangkannya melakukan inovasi akok berasaskan ikan.

“Kunjungan berkenaan diadakan menerusi program myKomuniti Perikanan atau dikenali sebagai myKP. Saya sebagai ahli myKP dibimbing oleh Jabatan Perikanan selama setahun untuk menghasilkan akok ikan selain turut menerima bantuan termasuk kelengkapan akok bernilai hampir RM10,000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Karnival Usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) & myKP Zon Timur Tahun 2023 di Dataran Bahtera Tok Bali, di sini.

Pada awalnya, Zaharah mengalami kegagalan termasuk adunan tidak menjadi untuk menghasilkan akok ikan yang sempurna dan dapat memenuhi cita rasa orang ramai.

Namun, selepas beberapa kali percubaan beliau kini mampu menghasilkan hampir 6,000 biji akok ikan dalam tempoh sebulan yang dijual untuk memenuhi permintaan pelanggan di sekitar Gua Musang dan Kuala Krai selain diletakkan di pusat jualan myKP.

Menurut Zaharah, beliau membuat 300 biji akok ikan sehari dan memerlukan kira-kira 10 kilogram ikan selayang untuk menghasilkan serunding ikan menggunakan resipi tersendiri yang akan dimasukkan ke dalam adunan akok.

“Penghasilan serunding ini sangat penting selain perlu memastikan ikan yang digunakan segar kerana khuatir ia akan mengundang rasa tidak enak termasuk bau hanyir apabila pelanggan menikmati akok yang dihasilkan.

“Ia juga perlu dimasak dalam tempoh yang agak lama iaitu kira-kira lima jam bagi memastikan ramuan sekata dan benar-benar kering. Dari segi penghasilan adunan akok, ia sama seperti penghasilan akok biasa namun, serunding akan dimasukkan ke dalam adunan sebelum dibakar,” katanya yang menjual akok ikan pada harga RM1 sekeping.

Zaharah yang mengusahakan perniagaan itu bersama suaminya Husin Muhammad, 44, berkata beliau bersyukur apabila akok ikan yang tidak mendapat sambutan ketika mula diperkenalkan, kini diterima orang ramai apabila sudah mencubanya.

Sementara itu, seorang pelanggan yang ditemui Rahman Awang Nur, 53, berkata beliau tertarik untuk membeli akok ikan yang dijual oleh Zaharah memandangkan tidak pernah mengetahui kewujudan akok berkenaan apatah lagi mencubanya.

“Saya membeli kira-kira enam pek akok ikan untuk dibahagikan kepada keluarga. Ternyata rasanya sangat enak, selain ia juga unik memandangkan saya tidak pernah menjumpainya di tempat lain walaupun saya anak kelahiran negeri ini,” katanya. - Bernama

Isu Pada

Ahirine Ahirudin: Namanya Semakin Panas!

10 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ