web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Beradik Tidak Menang Tangan Pasang, Baik Pulih Penyaman Udara Pada Musim Kemarau

Mohd Subadron berkata pada musim kemarau ketika ini, pendapatan seharian mereka juga meningkat kepada kira-kira RM300 sehari berbanding kurang RM200 sebelum ini.

Usahawan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2023 8:00AM

Mohd Subadron sedang memasang dan membaiki pendingin hawa di sebuah syarikat swasta berikutan musim kemarau yang sedang melanda negara ketika ini - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Musim cuaca panas membuka peluang kepada tiga beradik yang  mengusahakan perkhidmatan pemasangan dan membaikan penyaman udara untuk meraih pendapatan lumayan.

Mohd Subadron Shafie, 31 berkata sejak beberapa bulan lalu disebabkan suhu persekitaran yang panas, ramai mencari perkhidmatan pemasangan dan membaikan penyaman udara.

"Saya menceburi perkhidmatan membaik pulih sejak 2014 dan tahun ini peningkatan permintaan terhadap keperluan penyaman udara bertambah secara mendadak.

"Bagaimanapun kerja saya menjadi mudah dan lancar apabila dibantu dua adik, Mohd Syafiq, 28 dan Shahrul, 22, yang membolehkan kami memenuhi kehendak pelanggan sama ada daripada rumah persendirian mahupun syarikat swasta," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

 Mohd Subadron berkata pada musim kemarau ketika ini, pendapatan seharian mereka juga meningkat kepada kira-kira RM300 sehari berbanding kurang RM200 sebelum ini.

Bercerita lanjut, Subadron berkata cuaca panas kali ini juga memberi rezeki lebih kepada mereka yang memperoleh pendapatan berganda iaitu lebih RM1,000 seminggu menerusi kadar harga perkhidmatan RM150 setiap kali pemasangan atau baik pulih penyaman udara.

"Disebabkan permintaan tinggi terhadap penyaman udara, kebanyakan kedai sudah kehabisan bekalan, oleh itu keadaan ini mendorong saya membuat tempahan lebih awal.

 "Kami menawarkan perkhidmatan pasang dan membaiki penyaman udara di sekitar Tanah Merah, Pasir Mas, Machang dan Jeli," katanya menambah kerja-kerja pemasangan dan membaik pulih juga dilakukan pada malam hari, kerana tidak menang tangan pada waktu siang.

Subadron berkata bidang kerjaya itu diceburinya selepas menamatkan pengajian di Giat Mara dan pengalaman dikutip semasa bekerja dengan beberapa syarikat sebelum memberanikan diri mengusahakan perniagaan sendiri.

Katanya selain menawarkan perkhidmatan pemasangan penyaman udara, mereka turut menyediakan perkhidmatan membaiki dan memasang pendawaian elektrik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

10 Kawasan Di Semenanjung Catat Cuaca Panas Tahap Berjaga-jaga - MetMalaysia

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kepala Lori Terbakar Di Lebuh Raya

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Cuaca Panas Kekal Hingga April

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ