web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


22 Jalan Ditutup Sementara Sempena Hari Kebangsaan – Polis

Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Aug 2023 2:33PM

Sambutan Hari Kebangsaan 2023 akan diadakan di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 22 jalan menghala ke lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya akan ditutup sementara bagi menjamin kelancaran acara sambutan pada 31 Ogos ini.

Penolong Pengarah Pengurusan (Pentadbiran dan Belanjawan) Jabatan Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Rizal Abd Rahman Sidek berkata penutupan jalan itu akan bermula dari pukul 5 pagi hingga 11 pagi.

“Antara laluan terlibat ialah Persiaran Perdana dari Dataran Putra, Lebuh Wawasan, Lebuh Bestari, Lebuh Saujana menghala ke Persiaran Perdana, Jalan Pembangunan dari arah Jalan Tun Abdul Razak dan Jalan Pemodenan,” katanya dalam program temu bual di stesen radio Selangor. FM hari ini.

Rizal berkata untuk senarai penuh jalan yang ditutup, orang ramai boleh melayari Facebook rasmi Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur.

Beliau berkata bagi memudahkan pergerakan orang ramai, penganjur menyediakan dua bas perantara di Terminal Putrajaya Sentral dan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).  - BERNAMA

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan