web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Malaysia Memerlukan Anwar Sebagai Perdana Menteri Untuk 10 Tahun… – Kit Siang

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 6:49PM

Lim Kit Siang berkata Malaysia kini berhadapan dengan pilihan untuk masa hadapannya, sama ada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kawasan, bersatu padu sebagai rakyat Malaysia sambil mengekalkan identiti etnik dan keagamaan masing-masing untuk membentuk sebuah negara hebat bertaraf dunia. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Saya percaya tidak ada kaum atau agama sedang terancam, bukan Islam atau mana-mana agama hebat lain dunia yang bertempat di Malaysia,” kata veteran DAP, Lim Kit Siang.

Beliau berkata, sebaliknya ada pelampau yang mahu rakyat mempercayai terdapat kaum atau agama sedang diancam kaum dan agama lain.

Katanya, memandangkan pihak terbabit mahu mencapai sasaran itu, mereka menentang matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai contoh dialog, persefahaman, toleransi dan keharmonian antara etnik, agama, budaya serta tamadun kepada dunia.

 Lim Kit Siang - Gambar fail
Lim Kit Siang - Gambar fail

“Untuk Malaysia menjadi negara contoh kepada dunia, perlu adanya perpaduan dan kesederhanaan dalam kalangan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama atau kawasan.

“Kerana inilah, demi kelangsungan, keadilan serta kemakmuran negara, perlunya ada penetapan semula dan untuk kita semua, kembali semula kepada prinsip asal pembinaan negara majmuk Malaysia yang diterapkan tokoh kemerdekaan negara di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara.

“Ia adalah prinsip raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, pemisahan kuasa, kedaulatan undang-undang, Islam sebagai agama rasmi negara dengan kebebasan beragama untuk semua kepercayaan, tadbir urus baik, integriti awam, meritokrasi, hormat terhadap hak asasi manusia dan perpaduan negara dari kepelbagaian masyarakat berbilang kaum, bahasa, agama serta budaya,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, dalam kempen untuk menetapkan semula Malaysia kepada prinsip asal pembinaan sebuah negara majmuk, seperti turut didukung tiga Perdana Menteri terawal negara, masyarakat tidak boleh biarkan kata-kata untuk kehilangan maknanya, di mana sifat ‘melampau’ dilihat sebagai ‘bersederhana’ dan ‘bersederhana’ dilihat sebagai ‘melampau’.

Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, bukan hanya untuk lima tahun akan datang, tetapi untuk 10 tahun akan datang. - Gambar fail
Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, bukan hanya untuk lima tahun akan datang, tetapi untuk 10 tahun akan datang. - Gambar fail

Menurutnya, Malaysia kini berhadapan dengan pilihan untuk masa hadapannya, sama ada semua rakyat tanpa mengira latar belakang kaum, agama atau kawasan, bersatu padu sebagai rakyat Malaysia sambil mengekalkan identiti etnik dan keagamaan masing-masing untuk membentuk sebuah negara hebat bertaraf dunia.

Satu lagi pilihan terbabit, katanya, adalah meneruskan kemerosotan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpecah belah, gagal dan kleptokratik dalam beberapa dekad akan datang.

“Kerana inilah Malaysia memerlukan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10, bukan hanya untuk lima tahun akan datang, tetapi untuk 10 tahun akan datang,” katanya.

Menerusi kenyataan sama, Kit Siang berkata, beliau tidak menganggap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang seorang pengganas, tetapi pemimpin itu kelihatan seperti menderita kekurangan intelektual sekiranya menyifatkan cadangan dikemukakannya untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan, sebagai jemputan rasmi dari DAP atau pentadbiran pimpinan Anwar berkenaan.

Ujarnya, ia juga kelihatan seperti Ahli Parlimen Marang itu menganggap ia bukannya hanya sebagai cadangan peribadi beliau.

Malah, beliau berkata, kesenyapan Abdul Hadi terhadap tiga cadangan dikemukakannya, iaitu syarat untuk PAS menyertai Kerajaan Perpaduan Anwar, menunjukkan pemimpin itu tidak bersedia untuk menjadi seorang pemimpin Islam bertanggungjawab, jujur dan dihormati.

“Saya perhati serangan Abdul Hadi semalam yang menuduh bahawa DAP membawa agenda sekularisme melalui konsep ‘Malaysian Malaysia’, tetapi saya hanya ingin tekankan bahawa Perdana Menteri Malaysia pertama dan ketiga, Tunku Abdul Rahman serta Tun Hussein Onn, pernah menekankan Malaysia tidak patut diubah menjadi sebuah negara Islam.

“Saya tidak mahu menjadi seseorang yang sesuka hati membuat tuduhan liar serta tidak masuk akal dan apabila dicabar, gagal memberikan sekelumit bukti sekalipun atau menjadi seseorang yang menjemput dirinya sendiri untuk menyertai sesebuah kerajaan,” katanya.

 Abdul Hadi Awang - Gambar fail
Abdul Hadi Awang - Gambar fail

Kit Siang berkata, beliau mungkin dilihat anti Abdul Hadi jika tidak mahu berubah, namun bagi mengatakannya sebagai anti-Islam dan mempromosikan Islamofobia, adalah seperti menegaskan Arab Saudi anti-Islam serta mempromosikan Islamofobia kerana mengharamkan Abdul Hadi dari memasuki negara berkenaan dan menggambarkannya seperti pengganas

“Saya ingin berterima kasih kepada semua orang untuk pandangan mereka mengenai apa yang saya patut lakukan selepas persaraan saya dari pimpinan barisan hadapan DAP, termasuklah kepada Presiden PAS, Abdul Hadi,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Abdul Hadi mendedahkan bahawa beliau pernah dihubungi beberapa kali oleh ‘orang tertentu’ yang menawarkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan terdapat wakil daripada Kerajaan Perpaduan menawarkan penyertaan terbabit kepada PAS.

Perkara itu turut dinafikan dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof.

Bagaimanapun, menerusi kenyataan, Ketua Penerangan PAS, Khairil Nizam Khirudin mempertahan kenyataan Abdul Hadi dan mengaitkan Kit Siang sebagai individu yang mengajak PAS menyertai Kerajaan Perpaduan. – Getaran, 1 Jun 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ