web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Saya Bukan Badut Sarkis! Kelly Azman Akui Berasa Terhina Dengan Kecaman Netizen Net Net Net

“Kalau hendak mengecam saya sekali pun, tak perlulah kecam sampai ke tahap yang seperti itu kerana All Together Now adalah rancangan berbentuk hiburan,” Kelly Azman.

Selebriti Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jan 2023 7:13PM

Kelly Azman - Gambar oleh Kelly Azman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Wartawan, pempengaruh dan penyanyi, Kelly Azman meminta netizen supaya berhenti mengecam dan menggelarnya sebagai ‘badut sarkis’ setiap kali muncul dalam program hiburan berbentuk nyanyian, All Together Now. 

“Saya bukanlah badut sarkis! Saya ini adalah seorang penggiat seni yang cukup aktif di zaman ini dan badut sarkis itu pula apa? Tolong jelaskan…

“Usah juga pertikaikan kenapa saya dipilih menjadi juri dalam program All Together Now. Dan, usahlah asyik bertanya soalan yang sama, siapa Kelly Azman? Kalau tak tahu siapa Kelly Azman pergilah Google. 

“Kalau hendak mengecam saya sekali pun, tak perlulah kecam sampai ke tahap yang seperti itu kerana All Together Now adalah rancangan berbentuk hiburan. Nama pun, rancangan hiburan. Sudah tentulah ia adalah hiburan semata-mata,” katanya. 

Menurut Kelly Azman lagi, dia juga tidak faham dengan sikap segelintir netizen yang seringkali mahu mengikut perkembangan setiap kali dia membuat kandungan ‘live’ di akaun TikTok miliknya. 

“Kalau tak suka saya, jangan tengok media sosial saya, setiap kali buat live. Ini tidak, setiap kali saya buat ‘live’ mereka nak tengok pula. 

“Siap komen pula, inikah juri yang selalu kata peserta nyanyi bingit? Padahal yang komen saya pun, mereka tak sedar mereka pun bingit juga,” katanya.  

Kelly Azman meminta netizen tidak mempertikaikan kenapa dia dipilih sebagai juri dalam program All Together Now.
Kelly Azman meminta netizen tidak mempertikaikan kenapa dia dipilih sebagai juri dalam program All Together Now.

Jelas Kelly lagi, dia juga ingin memaklumkan kepada netizen bahawa apa yang dipakiainya di dalam All Together Now itu hanyalah semata-mata untuk cuba membawa karakter di dalam program tersebut. 

“Tapi di luar saya menjadi diri saya dan saya adalah lelaki yang sejati. Cukup-cukuplah hentam saya di sana sini. 

“Bukan senang nak tonjolkan diri di kaca TV dan ia juga adalah satu penghargaan bagi seorang individu terhadap penonton. Jadi, tolonglah hargai seseorang individu yang muncul di kaca televisyen,” katanya. 

Kelly juga turut terpanggil memberikan komen tentang isu Sissy Iman yang dikritik secara keterlaluan oleh juri Mas Idayu dalam program Famili Duo. 

“Tentang kes Sissy Iman, saya rasa dua dan Naim Daniel sudah buat yang terbaik. Tapi apakan daya kita tak boleh puaskan hati semua orang. Mungkin lagu yang dibawakannya dengan teman keroncong itu tidak mendapat kesesuaian di telinga juri yang mendengar. 

“Apapun, Sissy dan Naim bagi saya telah pun tampil dengan usaha yang luar biasa. Mereka adalah antara artis yang cukup unik di dalam industri hiburan Malaysia,” katanya. – Getaran, 25 Januari 2023 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Selebriti 1 hari yang lalu

Aghniny Terima Tawaran Filem Khadam Sebagai Penghargaan Buat Ibu

Selebriti 2 jam yang lalu

M Nasir Fail Saman Lebih RM5 Juta Terhadap Grab Malaysia

Tindakan saman itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam oleh M Nasir bersama syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd.

oleh Rahayu MN