web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRU-15: PN Perak Sudah Muktamadkan Agihan Kerusi DUN

Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2022 7:30AM

Barisan kepimpinan PN mengibarkan bendera ketika hadir pada Majlis Pelancaran PN Negeri Perak di Dewan Jubli Perak malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KANGSAR -  Pengagihan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kalangan parti komponen Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) di Perak telah dimuktamadkan.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), PAS dan Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) sudah mencapai kesepakatan mengenai pengagihan kerusi DUN menerusi perbincangan. 

Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail
Ahmad Faizal Azumu - Gambar fail

"Walaupun kita tidak tahu bila tarikh PRU15 tetapi PN Perak sudah bersedia dan kita telah selesai dari segi pengagihan kerusi untuk ketiga-tiga parti. 

"PN baru dua tahun penubuhannya namun dari segi jentera, kita sudah bergerak bersama dan Insya-Allah, kita bersedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pelancaran PN Negeri Perak dekat sini malam tadi.

Majlis itu disempurnakan oleh Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Presiden BERSATU.

Hadir sama Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ketua Penerangan PN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria, Ketua Wanita PN Datuk Seri Rina Mohd Harun dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Ahmad Faizal berkata, PN Perak yakin mempunyai kekuatan mencukupi untuk mengambil alih kerajaan negeri pada PRU-15. 

"Peluang kita amat cerah untuk ambil alih dan kita yakin dengan pelbagai program yang dijalankan parti di peringkat negeri. Kita mampu mencapai kemenangan di Perak hasil kerjasama tiga parti utama ini. 

"Gabungan parti kita sudah bersepakat dan di Perak ini pun kita bergerak atas nama PN malah fokus kita akan terus mengukuhkan lagi kekuatan sesama parti komponen dalam gabungan PN," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik