web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Selamat Datang Ke Clubhouse, Aplikasi Kekinian Paling Mutakhir

Boleh tahan elitis Clubhouse ini. Perlukan jemputan dan hanya boleh digunakan oleh mereka yang mempunyai peranti mudah alih iOS. Tetapi apa yang membuatkan ia menjadi sebutan ramai?

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 9:00AM

Gambar: Dmitri Mashkin, Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sudahkah anda tahu tentang aplikasi terbaharu yang telah menjadi tumpuan warganet di alam maya? Aplikasi Clubhouse melonjak popular sejak wabak COVID-19 melanda kerana ia menjadi cara orang ramai berkumpul dan berjumpa dengan satu sama lain.

Aplikasi media sosial ini seakan satu tempat bersantai atau ‘lepak’ di mana orang ramai boleh berbual tentang pelbagai topik, ringan atau berat.  Pada era pandemik ini, orang ramai merindui aktiviti santai sambil berkongsi cerita bersama kawan-kawan. Platform ini telah memberi kesempatan kepada semua yang merindui pengalaman dan aktiviti santai pra-pandemik. 

Apakah perbezaan dan keistimewaan antara Clubhouse dengan aplikasi-aplikasi sedia ada yang lain? Aplikasi ini khususnya menggunakan audio sebagai medium berkomunikasi dan berinteraksi. Ia hanya boleh dimuat turun melalui jemputan daripada rakan atau kenalan sahaja. Apabila diterima masuk sebagai ahli, anda berpeluang untuk menjemput rakan yang lain. Konsepnya mudah. Setelah anda dijemput untuk bergabung, anda boleh memulakan atau mendengar perbualan di ruangan digital yang dipanggil ‘room.’ Seterusnya, aplikasi ini tidak ada catatan, gambar dan video seperti aplikasi media sosial yang lain.

“Clubhouse adalah realtime podcast (podcast siaran langsung) berbanding dengan podcast tradisional. Melalui aplikasi ini, anda boleh memasuki ruangan yang membicarakan topik yang dipilih. Jika anda masuk sebagai penonton dan berasa ingin menjadi sebahagian perbualan tersebut, anda boleh menggunakan fungsi ‘angkat tangan’ untuk diterima masuk sebagai panel speaker. Ini memberi ruang kepada pengguna untuk mengadakan perbincangan yang sihat dan juga memberi peluang kepada introvert untuk bersuara,” kata Keanu Azman, penyampai radio Hitz.fm.

Menurut Aida Liyana, penyanyi vokal Jetcetera, “Elemen audio tersebut semestinya dapat mengurangkan perselisihan pendapat apabila berkongsi pandangan. Perbincangan secara dalam talian sebelum ini selalunya dalam bentuk tulisan. Justeru itu, ada yang salah mentafsir sesuatu pandangan atau perbincangan.” 

Aplikasi ini boleh digunakan untuk meningkatkan kesedaran tentang isu-isu terkini, berbicara tentang topik perniagaan, sukan, hobi dan apa saja isu yang boleh difikirkan. Bacaan puisi dan ‘open mic’ juga ada. Clubhouse dikatakan dapat menghubungkan pengguna daripada pelbagai latar belakang dari seluruh pelosok dunia.

“Sebagai seorang pemuzik, platform ini sesuai untuk merapatkan jurang antara artis-artis berpengalaman di Malaysia dengan pemuzik yang baru nak belajar macam saya. Saya rasa itu suatu perkara yang baik dan patut diraikan,” kata Aida Liyana. 

Tangkapan skrin laman web rasmi Clubhouse
Tangkapan skrin laman web rasmi Clubhouse

“Pada awal pelancaran aplikasi ini, terdapat ‘room’ yang dibuat oleh sekumpulan pemuzik terkenal Malaysia yang saya ikuti. Ketika saya berada dalam ‘room’ ini, Tan Sri Tony Fernandes juga ada  untuk berkongsi pandangannya tentang industri muzik dan label muzik beliau. Salah seorang speaker dalam ruangan ini mengambil kesempatan untuk membuat elevated pitch lagu terbarunya kepada Tan Sri Tony Fernandes. Ini dilakukan secara acapella dan tiada muzik latar. Dari sini speaker tersebut dapat menetapkan perjumpaan bersama Tan Sri Tony Fernandes dan Air Asia. Ia sangat mustahil untuk mendapat peluang seperti ini di mana-mana platform yang lain,” kata Asyraf Nasir, seorang artis rap tempatan.

Asyraf juga mengatakan bahawa dia kini menghabiskan masa di aplikasi Clubhouse lebih daripada aplikasi media sosial yang lain kerana nilai positif dan keseronokan yang diberikan oleh aplikasi ini.

Walaupun aplikasi ini memberi kesan yang positif, ia juga mempunyai kesan negatif jika disalah gunakan. Setelah menggunakan aplikasi Clubhouse dan ciri-cirinya, kami sedar bahawa perbualan di ruangannya bersifat tidak kekal.

Lalu mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana jika seseorang individu menyalah gunakan dengan memfitnah individu lain di aplikasi ini? Bolehkah individu yang difitnah mengambil tindakan terhadap pemfitnah tersebut meskipun penerbitan kata-kata fitnah dibuat di dalam bentuk tidak kekal?

“Jawapannya adalah boleh. Undang-undang saman fitnah memperuntukkan dua jenis fitnah yang boleh diterbitkan oleh seseorang individu. Fitnah yang disiarkan di dalam bentuk kekal, libel dan fitnah berbentuk tohmahan lisan, slander. Meskipun tiada bukti yang bersifat kekal, undang-undang membolehkan seseorang yang difitnah menyaman pemfitnah sekiranya individu tersebut boleh membuktikan bahawa:

a) Perkataan yang diadukan merujuk kepada Plaintif (pihak yang mendakwa) dan adalah tidak benar; dan

b) Perkataan yang diadukan telah diterbitkan kepada pihak ketiga, iaitu selain daripada individu yang difitnah. ” kata Muzzamil Merican, peguambela dan peguamcara.

Kesimpulannya, Clubhouse merupakan platform yang banyak memberi peluang dan pendedahan kepada pengguna jika digunakan dengan bijak. Pengguna juga tidak perlu takut jika perbualan di dalam ‘room’ Clubhouse dijadikan bahan fitnah kerana hak dari segi undang-undang kekal dan terjamin. - Getaran, 17 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Penurunan Hantaran: PMO Panggil Meta Hari Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Meta, Jangan Jadi Bacul!’ - Anwar

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Fahmi Nafi Arah Agensi Media Tutup Ruangan Komen

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi