Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tip Fotografi: Bagaimana Anda Boleh Menangkap Suasana Malam Dengan Sempurna

Mari pelajari teknik-teknik fotografi malam dengan hanya menggunakan telefon pintar Samsung.

Teknovasi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 9:00AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Waktu-waktu tertentu dalam sehari adalah waktu ‘keramat’ bagi jurugambar telefon pintar. Waktu matahari terbenam, misalnya. Ramai antara kita suka mengabadikan saat-saat yang diterangi oleh warna-warna kuning lembut itu, baik semasa matahari terbit, mahupun terbenam. 

Sementara, sesi fotografi pada waktu malam juga boleh menjadi luar biasa, sesi memotret semasa keberadaan cahaya yang rendah amat mencabar bagi rata-rata jurugambar profesional, lagi-lagi jurugambar pemula atau amatur seperti kebanyakan kita. 

Namun bagi pengguna Samsung Galaxy A dan S, anda boleh bermain dengan sesi fotografi malam ini secara bebas. Ini kerana ia dilengkapi dengan mod Pro dan mod Malam yang menakjubkan. 

Dari pemandangan bandar di waktu malam, hingga pemandangan bulan dan bintang yang terbentang luas,  Samsung Galaxy A dan S mampu menangkap suasana malam dengan sempurna. Ikuti tip-tip fotografi malam oleh Samsung seperti di bawah:

Optimumkan Tetapan Telefon Pintar Anda 

Apabila berada dalam suatu keadaan cahaya rendah, tetapan kamera di dalam telefon pintar anda menjadi sangat penting bagi mendapatkan bidikan gambar yang sempurna. Bagi pengguna Samsung Galaxy A dan S, terdapat dua fungsi utama yang harus anda ketahui: mod Pro dan mod Malam. 

Mod Malam menggunakan pemprosesan pelbagai bingkai untuk menghasilkan foto yang jelas dari cahaya yang rendah.  Mod Pro pula memberi anda kawalan ke atas tetapan yang mempengaruhi tahap cahaya sebelum anda mengambil gambar seperti ISO, shutter speed dan aperture

Agar kedua-dua mod ini tersedia di layar kamera utama, lakukan ini:

* Buka aplikasi kamera dan leret ke tab ‘Lain’ di bahagian bawah

* Tetapkan ikon ‘Pro’ dan ‘Malam’ ke panel utama bagi memudahkan akses

(Kiri) Kamera Biasa / (Kanan) Mod Malam
(Kiri) Kamera Biasa / (Kanan) Mod Malam

Saatnya Bermain Dengan Fotografi Malam!

Sekarang anda sudah biasa dengan tetapan kamera telefon pintar anda, inilah masanya untuk mempraktikkan pengetahuan baharu anda itu tadi!

1 – Terbang ke Bulan dengan Space Zoom

Menariknya, Samsung Galaxy S21 Ultra 5G  memiliki fungsi 'Space Zoom'. Dikuasakan oleh sistem lensa dwi-tele pertama Samsung, 'Space Zoom' memungkinkan anda membidik dengan jelas, walaupun anda berada sangat jauh dari subjek yang ingin ditangkapi. 

 Imej bulan hasil bidikan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G
 Imej bulan hasil bidikan Samsung Galaxy S21 Ultra 5G

Fungsi ini amat sesuai untuk anda menangkapi pemandangan malam, khususnya pada malam bulan mengambang. Seperti biasa, tripod akan menjadi sahabat anda. Temukan lokasi yang stabil dan topangkan tripod anda itu. Arahkan kamera ke bulan dan perlahan-lahan zum ke arahnya.

Zum sehingga bentuk bulat bulan itu berada tepat di dalam bingkai layar kamera anda. Setelah itu, sentuh layar kamera anda itu untuk menyesuaikan tetapan pendedahan secara automatik. Jangan lupa sediakan kerusi untuk anda menikmati pemandangan bulan itu secara semula jadi. 

2 – Pertunjukan Cahaya yang Luar Biasa

Perhatikan kawasan yang mempunyai limpahan cahaya, tetapi tidak terlalu banyak. Contohnya, kawasan lampu jalan, bahagian hadapan kedai-kedai atau lampu di kawasan gelap yang lapang. 

Situasi-situasi ini dapat memberikan kontras antara cahaya dan kegelapan, seterusnya menonjolkan lagi cahaya itu di dalam imej yang gelap. 

Tetapan kamera - ISO 1600, kelajuan Shutter 1/50s
Tetapan kamera - ISO 1600, kelajuan Shutter 1/50s

Jika pemandangan itu terdapat banyak sumber cahaya, cuba fungsi mod Pro. Alihkan tetapan automatik ke manual untuk menghasilkan kesan cahaya abstrak seperti foto di atas.

Anda juga dapat menghasilkan kesan garis-garis cahaya jika ada kenderaan yang bergerak pantas atau perlahan di sekitar anda. 

Tetapkan nilai ISO anda pada paras rendah dan tingkatkan kelajuan shutter sekurang-kurangnya dua saat. Jangan lupa untuk stabilkan kamera anda dengan tripod! 

Tetapan kamera - ISO 50, kelajuan Shutter 2s
Tetapan kamera - ISO 50, kelajuan Shutter 2s

3 - Pemandangan Malam Yang Menakjubkan

Saat anda menjelajahi persekitaran malam, temukan permukaan reflektif atau yang boleh memberi pantulan. Cara ini dapat menerangi pemandangan malam dengan cara yang lebih unik. 

Sekali lagi, selaraskan kelajuan shutter kamera telefon pintar anda untuk kawalan pencahayaan yang lebih baik untuk menangkapi sekeping foto malam yang sempurna. – Getaran, 2 Jun 2021

Tetapan kamera - ISO 1600, kelajuan shutter 1/50s
Tetapan kamera - ISO 1600, kelajuan shutter 1/50s

Semua gambar: Samsung Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

2

Teknovasi 1 bulan yang lalu

5 Sebab Untuk Memiliki Samsung Galaxy A15 Dan A25 5G

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Lembu Tumbang Dirempuh Kereta

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Keluarga Rayu Pengguna Media Sosial Padam Video Kemalangan

Sorotan

1

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

2

32 Keluarga Dipindahkan Selepas Banjir Lahar Sejuk Landa Jawa Timur, Indonesia

3

Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai Dijangka Beroperasi Semula Dalam Tempoh 24 Jam

4

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

5

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

6

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

7

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

Disyorkan untuk anda

Jelajah 2 jam yang lalu

Luna Lights Wonderland Hiasi Stadium Tertutup Gong Badak

oleh Wartawan Getaran

Gaya 1 hari yang lalu

Jangan Buang Serbuk Kopi Terpakai, Boleh Buat Skrub DIY