web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HondaJet Elite II, Rangkaian Kenderaan Udara Dari Honda Yang Pantas, Tinggi Dan Jauh

Syarikat automotif ini bukan sahaja mencipta kenderaan darat, malah mereka turut mengembangkan produk automotifnya dengan membina kendaraan di ruang udara iaitu pesawat jet.

Teknovasi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jun 2023 6:55PM

Memperkenalkan HondaJet Elite II, sebuah pesawat yang dihasilkan menerusi sebuah program dikenali sebagai Visi Elit Honda. - Gambar hondajet.com

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Sebut sahaja Honda, pasti di dalam kotak pemikiran anda ia adalah sebuah jenama kereta atau motosikal. Ya, tidak dinafikan kedua-duanya banyak dilihat berada di atas jalan raya.

Malah pengguna jenama kenderaan ini juga mencatatkan jumlah bilangan yang tinggi di Malaysia misalnya motosikal EX5 dan kereta Honda Civic.

Namun tahukah anda, syarikat automotif ini bukan sahaja mencipta kenderaan darat, malah mereka turut memiliki kenderaan udara iaitu pesawat jet. Memperkenalkan HondaJet Elite II, sebuah pesawat yang dihasilkan menerusi sebuah program dikenali sebagai Visi Elit Honda.

Ia dikatakan pesawat yang paling pantas dan terbang paling tinggi serta paling jauh di dalam kategori jet ringan. - Gambar hondajet.com
Ia dikatakan pesawat yang paling pantas dan terbang paling tinggi serta paling jauh di dalam kategori jet ringan. - Gambar hondajet.com

Dikuasakan oleh sepasang enjin GE Honda HF120, jet ini mampu menujah atau membelah angin sehingga 2,050 lbf (9.1 kN). Ia dikatakan pesawat yang paling pantas dan terbang paling tinggi serta paling jauh di dalam kategori jet ringan.

Memandangkan saiz jet ini agak kompak dan berukuran 12.99 m panjang dengan ketinggian hanya 4.54 m, Elite II berupaya berlepas dari landasan sependek 1,128 meter dan mampu terbang sejauh 2,865 km.

Jarak tersebut bukan sahaja dipengaruhi oleh penjimatan bahan api yang digunakan, ia juga berikutan ruang storannya yang agak besar iaitu 1,756 liter.

Selain itu, HondaJet Elite II mampu memuatkan kapasiti sehingga enam penumpang dan turut tersedia juga untuk varian tujuh tempat duduk bergantung kepada permintaan.

Rekaan dalamannya pula dihiasi dengan produk berkonsepkan kemasan Onyx atau Steel yang menampilkan susun atur kelab eksekutif dan premium di setiap ruang tempat duduk. Ditambah lagi dengan tempat duduk yang diperbuat daripada kulit dua tona menampakkan lagi kemewahan pesawat ini.

Ia dilengkapi teknologi sistem avionik Garmin G3000 yang berfungsi untuk mengawal tekanan, pencahayaan dan pencairan ais  secara automatik. - Gambar hondajet.com
Ia dilengkapi teknologi sistem avionik Garmin G3000 yang berfungsi untuk mengawal tekanan, pencahayaan dan pencairan ais  secara automatik. - Gambar hondajet.com

Jet ini dilengkapi dengan teknologi sistem avionik Garmin G3000 yang berfungsi untuk mengawal tekanan, pencahayaan dan pencairan ais secara automatik.

Ia juga memiliki teknologi sistem Autothrottle yang boleh mengurangkan beban kepada juruterbang ketika melakukan pendaratan cemas autonomi.

Untuk makluman, Honda masih belum belum mengenal pasti harga sebenar bagi jet generasi keduanya ini atas pelbagai faktor antaranya kelulusan kenderaan tersebut untuk diterbangkan dan kos pembuatan. Jadi sama-sama kita nantikan pengumuman harga dan pelancaran rasmi pesawat ini pada masa akan datang. - Getaran, 5 Jun 2023 

Sumber hondajet.com

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan