web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 5 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


MCIS Life Pasang Pelindung Keselamatan Untuk Kenderaan E-Hailing

Ikhtiar untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 datang dalam pelbagai bentuk. Inisiatif MCIS Life ini salah satu daripadanya.

Teknovasi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Feb 2021 11:40AM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Seiring pelaksanaan SOP dan penjarakan sosial bagi membendung penularan wabak COVID-19, MCIS Life mengambil langkah dengan memasang 100 pelindung keselamatan (safety shield) untuk 100 kenderaan e-hailing terpilih di sekitar Lembah Klang.

Pelindung keselamatan lutsinar ini diletakkan di tengah-tengah bahagian dalam kereta, membahagikan antara ruang penumpang belakang dengan ruang pemandu. Ia bertujuan mewujudkan interaksi tanpa sentuhan antara kedua-dua pihak.

“COVID-19 ‘mencabar’ semua jenis perniagaan, tak kira lama atau baru. Hal yang paling positif yang boleh kita pelajari dari situasi pandemik global ini adalah ketahanan dan inovasi kepimpinan yang dipimpin, yang mana memberi inspirasi untuk kita kekal maju ke hadapan.”

“Di MCIS Life, kami mahu melakukan peranan kami dengan cara tidak konvensional bagi  membantu komuniti tempatan mengatasi kesan COVID-19. Ketika itulah kami mula menjalankan kempen khas ini,” ucap Prasheem Seebran, Ketua Pegawai Eksekutif MCIS Life.

Berfungsi penuh dan punya nilai estetika pada masa sama, pelindung keselamatan  tersebut direka rapi, sehingga memungkinkan pemasangan (dan peleraian) yang cepat tanpa merosakkan ruang dalaman kenderaan. 

Dibangunkan sepenuhnya berdasarkan prinsip plug-and-play, layar dipasang pada sandaran kepala dan tempat duduk dengan sokongan tambahan bagi mencegah getaran dan bunyi.

Pemandu-pemandu e-hailing ini merupakan sebahagian barisan hadapan. Terutamanya di Lembah Klang, sistem pengangkutan yang efisien adalah kunci kepada kelancaran fungsi setiap rumah, perniagaan dan institusi. 

Sementara, sebahagian besar transaksi saat ini bersifat digital, pelindung keselamatan khas yang dipasang oleh syarikat insuran nyawa ini turut dilengkapi dengan bukaan tipis yang membolehkan perolehan wang secara tunai dari penumpang kepada pemandu, jika perlu.

Layari MCSI Life untuk maklumat lanjut. – Getaran, 24 Februari 2021

Semua gambar: MCIS LIFE

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

2

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

3

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

4

Pertemuan Aminuddin-Tuanku Muhriz Cetus Teka Teki Tarikh PRN Negeri Sembilan

5

Kereta Langgar Paip Air, 5 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

6

Nahas Simpang Renggam: Reman Pemandu Punca Kejadian Dilanjut Sehari Lagi